Penternak.store adalah sebuah laman perniagaan (ecommerce) yang disediakan oleh penternak.my kepada para penternak untuk memasarkan produk dari ladang anda. Laman ini berkongsepkan pemasaran pengusaha terus kepada pelanggan. Yang paling penting, perkhidmatan ini adalah percuma. Penternak perlu mendaftar terlebih dahulu, dan meletak maklumat produk serta cara pembayaran. Setelah itu, kongsikan pautan produk kepada pelanggan.
Terdapat sembilan fungsi utama yang ditawarkan oleh penternak.store, seperti berikut;
Custom Subdomain
Anda Memiliki Subdomain Kedai Anda Tersendiri, sebagai contoh https://kedai.penternak.store apa kebaikan subdomain ini? Ianya percuma didaftarkan, tanpa perlu membeli domain dan membina laman web anda.
Customer Management
Anda Memiliki Pangkalan Data Pelanggan Yang Teratur, dalam pengurusan perniagaan, lagi detail data yang dicatat lagi mudah untuk anda menilai perniagaan itu dalam keadaan menguntungkan atau pun sebaliknya. Disamping itu juga, anda boleh meneliti dimana kelemahan dan kelebihan urusan perniagaan anda.
Product Management
Dapat Mengawal Produk Jualan Anda Dengan Lebih Lancar, produk yang didaftarkan bersama detail boleh dipantau, dari segi kuantiti, harga, tempahan dan yang telah terjual. Pengurusan produk ini membantu anda meneliti stock dan pergerakan produk.
Whatsapp Form Management
Memiliki Borang Whatsapp Untuk Memudahkan Urusan Jual Beli, sejujurnya dikatakan, whatsapp adalah aplikasi yang terkenal dan sudah sebati dengan masyarakat di Malaysia khususnya. Dan pelanggan lebih suka berinteraksi terus dengan pembekal produk, kerana ianya terasa lebih meyakinkan.
Customer Form Submission
Membolehkan Pelanggan Anda Menghantar Pesanan Melalui Whatsapp, jika anda biasa gunakan business whatsapp, mereka menawarkan catalogue produk. Melalui penternak.store catalogue tersebut akan berfungsi dengan lebih interaktif untuk pelanggan membuat pesanan.
Export To Excel
Membolehkan Anda Muat Turun Pangkalan Data Dalam Format Excel, untuk anda menganalisis boleh dimanfaatkan. Data penjualan dan produk anda perlu dimanfaatkan supaya perniagaan anda akan lebih maju.
Order Management
Membolehkan Anda melihat Senarai Jualan Yang Dipesan, mengikut hari dan juga bulanan. Mempunyai graft yang lebih menarik untuk anda lihat. Lagi menarik jika jualan anda meningkat sentiasa.
Payment Gateway
Menghubungkan Kedai Anda Terus Ke sistem Bankin Atas Talian Bagi Memudahkan Urusan Pembayaran, kami menggunakan perkhidmatan toyyib pay. Oleh itu, anda perlu daftar terlebih dahulu dengan mereka, urusan kewangan akan dikawal selia oleh anda. Pihak penternak.store tidak akan sesekali menguruskan kewangan jual beli anda.
Generate And Display Invoice
Segala Belian Akan Menjana Resit Bayaran Secara Automatik, mudah untuk dijadikan rekod dan juga rujukan untuk masa akan datang.