Oleh: Mohd Norfahmei Mohamad Fouzei’s
Maksud cara yang disyariatkan, dalam memburu ialah natijah perburuan ialah binatang buruan diharuskan untuk dimakan. Maksud cara yang tidak disyariatkan ialah natijah perburuan ialah binatang buruan tidak diharuskan untuk dimakan.
Cara perburuan yang disyariatkan adalah dengan menggunakan salah satu daripada dua cara berikut:
1. Setiap benda tajam yang boleh melukakan
2. Sama ada ia adalah besi atau timah (peluru) ataupun kaca atau selainnya yang melukakan haiwan.
Dalilnya ialah hadis yang diriwayatkan oleh Rafi’ bin Khudaij r.a. katanya: Rasulullah s.a.w telah bersabda:
‘Apa yang mengalirkan darah dan disebutkan nama Allah padanya maka makanlah ia. ”
Dikeluarkan oleh al-Bukhari (2356) dan Muslim (1968)
Sekiranya alat untuk memburu tidak tajam dan binatang itu dibunuh dengan mencekik dan menekannya atau menghernpaskan dengan benda yang berat seperti batu yang tidak tajam ataupun membunuhnya dengan membakar mengunakan api, lalu binatang itu mati kerananya, maka tidak dibenarkan kita memakannya.
Sekiranya binatang yang diburu dengan alat memburu yang tidak tajam itu tidak mati, seperti hanya terkena sayap atau bahunya ataupun kakinya, kemudian pemburu menemuinya didalam keadaan masih hidup lalu dia menyembelihnya dengan sembelihan yang disyariatkan (yang akan disebutkan nanti), ataupun dia membalingnya dengan sesuatu yang boleh membunuhnya disebabkan ketajaman barang tersebut seperti pisau atau anak panah dan seumpamanya, maka dibenarkan kita memakannya.
MeIepaskan (Menghantar) binatang berburu dari kalangan binatang dan burung yang buas (yang telah dijinakkan)
Sekiranya dilepaskan seekor binatang buas yang digunakan untuk berburu ataupun burung kepada haiwan yang mahu diburu (dengan syarat-syarat yang akan disebutkan nanti) lalu ia mencederakan (menangkap) binatang buruan itu dan mati kerana luka tersebut, maka dihalalkan memakannya.
Contoh binatang buas untuk berburu ialah anjing, harimau kumbang, harimau dan seumpamanya, Manakala contoh burung buas untuk berburu ialah segala jenis burung helang dan seumpamanya.
Sumber: https://www.facebook.com/story.php?story_fbid=3069011139801848&id=100000789771902