Marba – Malaysian Rabbit Breeders Association (since 2009)

Masih ada yang tertanya kenapa di Malaysia kita terutamanya Marba – Malaysian Rabbit Breeders Association (since 2009) merujuk Standard of Perfection (SOP) ARBA (American Rabbit Breeders Association) untuk standard arnab purebred?

Penternak arnab di Malaysia lebih awal didedahkan dengan arnab pedaging berbanding arnab hias – purebred. Namun disebabkan oleh kurangnya demand daging arnab di awal tahun 90-an, arnab kekal dijadikan haiwan kesayangan.

Apa relevan SOP ARBA dengan penternakan arnab purebred di Malaysia? Di pertengahan tahun 2000-an arnab purebred mula diimport dari USA dan penternak ini mula giat membuat pertandingan arnab purebred. Oleh kerana kebanyakkan pemain utama pada ketika itu mendapatkan arnab dari USA, tidak hairanlah pertandingan juga memerlukan pengiktirafan dari badan yang berkelayakan di sana. Jadi SOP ARBA mula popular dan menjadi rujukan utama pemain arnab hiasan (purebred) di Malaysia dan juga Asia Tenggara.

Seperti juga penternak arnab pedaging, penternak arnab purebred bukan menternak kerana hobi semata-mata. Mereka menternak untuk memasarkan arnab purebred yang mengikut SOP ARBA dan sebolehnya mempunyai pedigree – surat beranak yang menunjukkan 3 keturunan baka yang sama. Selain ARBA, terdapat juga organisasi/persatuan yang bertanggungjawab memantau SOP arnab purebred. Antara yang terkenal ialah British Rabbit Council (BRC) dan seumpamanya.

Sumber asal:
https://www.facebook.com/100002968481858/posts/2906006012841653/

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel