Beza Daging Bebiri Muda Dan Dewasa

Anda mungkin terfikir yang lamb (daging bebiri muda) dan mutton (daging bebiri dewasa) adalah benda yang sama kerana kedua-duanya adalah dari bebiri domestik. Sebenarnya edua-duanya mempunyai perbezaan yang ketara, terutamanya pada usia mereka. Seperti yang mungkin anda ketahui, usia ternakan boleh mempengaruhi rasa dan kelembutan daging. Ianya akan mempengaruhi bagaimana anda memasak daging tersebut.

Lamb (daging bebiri muda)

Anak bebiri adalah seekor bebiri yang biasanya berumur kurang dari 1 tahun. Terdapat sedikit lemak pada daging anak bebiri, dan keadaan warna daging adalah dari merah jambu lembut hingga merah pucat. Anak bebiri yang berumur kurang dari 3 bulan dipanggil sebagai “spring lamb”. Daging spring lamb sangat lembut tetapi mempunyai rasa yang lebih ringan daripada lamb.

Mutton (daging bebiri dewasa)

Mutton adalah daging bebiri yang berumur lebih dari 1 tahun, idealnya berumur 3 tahun. Keadaan daging mutton berwarna merah yang terang, mengandungi sejumlah besar lemak, sedikit liat serta pejal dan rasanya sangat kuat.

Bagi kambing pula, istilah yang dipakai adalah chevon (daging kambing dewasa) dan capretto (daging kambing muda). Chevon mempunyai bau hamis kambing yang kuat, dan berbeza dengan capretto.

Sumber rujukan:
Learn the Difference Between Lamb and Mutton, by Saad Fayed, 2019, https://www.thespruceeats.com/the-difference-between-lamb-and-mutton-2356034

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel