Antara faktor yang memberi tekananan kepada ternakan adalah dengan pengendalian ternakan dengan teknik yang tidak betul dan perubahan rejim makanan mereka secara tiba-tiba, ianya boleh menyebabkan tekanan yang ketara, membawa kepada pelbagai masalah kesihatan dan produktiviti yang merudum, malah akhirnya boleh menyebabkan kerugian kepada ekonomi ladang.
Berikut adalah penjelasan terperinci berkaitan dengan perkara diatas:
Tekanan dari teknik pengendalian yang salah
- Trauma Fizikal: Pengendalian yang tidak betul, seperti pengendalian secara kasar, penggunaan peralatan yang tidak betul, atau berlaku kesilapan pengendalian kenderaan semasa pengangkutan, boleh menyebabkan kecederaan. Lebam, tulang patah, atau kerosakan otot boleh berlaku, ini akan menyebabkan kesakitan dan tekanan.
- Tekanan Kelakuan: Ternakan sangat sensitif terhadap persekitaran mereka, seperti, bunyi yang kuat, pengendali (pekerja) yang tidak dikenali, dan pergerakan yang tiba-tiba boleh menyebabkan ketakutan dan kebimbangan. Ternakan berkemungkinan akan menjadi lebih agresif, dan menunjukkan tingkah laku mahu melarikan diri, atau menunjukkan tanda-tanda menerima tekanan.
- Tekanan Kronik: Pendedahan berterusan kepada pengendalian yang buruk boleh membawa kepada tekanan kronik. Keadaan ini menjejaskan kesejahteraan keseluruhan ternakan, seterusnya menyebabkan penurunan imuniti ketahanan badan, menjadikan ternakan lebih mudah terdedah kepada sebarang penyakit, dan menjejaskan kesihatan reproduktif mereka.
Kesan terhadap pengeluaran dan kesihatan ternakan
- Produksi terjejas: Tekanan boleh mengurangkan produksi ternakan dengan cepat dan ketara. Bagi ternakan tenusu, hasil susu boleh berkurang. Pada ternakan yang menghasilkan daging, peningkatan berat badan boleh perlahan, ini disebabkan pengambilan makanan yang berkurangan (disebabkan tekanan dan menurunkan selera makan ternakan) dan lagi memburukan keadaan penggunaan nutrien yang tidak seimbang.
- Masalah reproduktif:
- Keguguran: Tekanan meningkatkan tahap kortisol dalam ternakan, yang mana boleh menyebabkan ketidakseimbangan hormon yang akan menjejaskan kebuntingan. Ternakan yang bunting di bawah tekanan mempunyai risiko keguguran yang lebih tinggi.
- Kelahiran mati: Tekanan kronik juga boleh menyebabkan perkembangan janin melemah dan meningkatkan lagi kemungkinan kelahiran mati.
- Kematian yang mendadak: Tekanan yang melampau, terutamanya semasa pengangkutan atau pengendalian, boleh menyebabkan kematian mendadak. Ini sering kali disebabkan gabungan pada fizikal, menyebabkan suasana ketakutan, dan keadaan kesihatan yang sedia ada yang diperburuk oleh tekanan makanan yang tidak seimbang, menyebabkan kematian mendadak.
Perubahan rejim pemakanan
- Ketidakseimbangan nutrisi: Perubahan mendadak dalam regim pemakanan boleh menyebabkan ketidakseimbangan nutrisi. Ternakan memerlukan masa untuk menyesuaikan diri dengan jenis makanan atau jadual yang baru. Perubahan tiba-tiba boleh menyebabkan masalah pencernaan seperti kembung, asidosis, atau kekurangan nutrien mula berlaku, lalu menyebabkan produksi ternakan menurun dan mula melemahkan ternakan.
- Penurunan pengambilan makanan: Ternakan adalah makhluk yang sangat sensitif terhadap perubahan dalam rutin pemakanan mereka. Perubahan mendadak boleh menyebabkan penurunan pengambilan makanan, menjejaskan pertumbuhan, pengeluaran susu, dan kesihatan keseluruhan mereka.
- Gangguan metabolik: Menukar regim pemakanan tanpa peralihan secara beransur-ansur boleh menyebabkan gangguan metabolik. Sebagai contoh, peralihan dari diet tinggi serat kepada diet tinggi konsentrat tanpa penyesuaian boleh menyebabkan asidosis rumen pada ruminan, begitu juga untuk situasi disebaliknya.
- Kesan pada sistem pertahanan badan: Tekanan dari perubahan diet boleh melemahkan sistem pertahanan badan ternakan lebih terdedah kepada jangkitan dan penyakit disebabkan perubahan hormon dan tekanan kepada penghasilan sel yang mempertahankan badan ternakan. Dalam diam ianya menyebakan berlakunya keradangan pada sistem pencernaan ternakan.
Patofisiologi tekanan pada ternakan
Permulaan tekanan
- Faktor pencetus:
- Teknik pengendalian: pengendalian kasar, pengendali yang tidak dikenali, penggunaan peralatan yang tidak betul, bunyi kuat, dan pergerakan tiba-tiba mencetuskan cemas dan tindak balas tekanan.
- Perubahan rejim pemakanan: perubahan mendadak dalam diet atau jadual pemakanan mengganggu keseimbangan metabolik haiwan.
- Perubahan fisiologi:
- Peningkatan kadar jantung: adrenalin meningkatkan kadar jantung dan tekanan darah untuk membekalkan otot dengan lebih banyak oksigen dan tenaga.
- Perubahan respirasi: kadar pernafasan meningkat untuk menyediakan lebih banyak oksigen kepada tubuh.
- Peredaran tenaga: simpanan glikogen dipecahkan untuk melepaskan glukosa ke dalam aliran darah untuk tenaga segera.
Tekanan kronik dan perkembangan
- Pengaktifan HPA axis (The hypothalamo-pituitary-adrenocortical) yang berterusan:
- Pembebasan kortisol: korteks adrenal melepaskan kortisol, glukokortikoid yang membantu menguruskan tekanan yang berpanjangan.
- Kesan metabolik: kortisol mempromosikan glukoneogenesis dan katabolisme protein, menyebabkan pembaziran otot dan pertumbuhan terjejas.
- Tekanan pada sistem pertahanan badan:
- Fungsi pertahanan badan berkurang: tahap kortisol yang tinggi menekan tindak balas penekanan pada sistem pertahanan badan, menjadikan ternakan lebih terdedah kepada jangkitan dan penyakit.
- Keradangan: tekanan kronik boleh menyebabkan keradangan sistemik, membawa kepada komplikasi kesihatan seterusnya.
- Masalah pencernaan:
- Asidosis rumen: perubahan diet mendadak boleh menyebabkan pengeluaran asid laktik yang berlebihan dalam rumen, menyebabkan keadaan asidosis berlaku.
- Kembung: pengumpulan gas disebabkan proses fermentasi yang tidak betul boleh menyebabkan kembung, membawa kepada ketidakselesaan yang teruk, tekanan kepada sistem peredaraan darah dan pernafasan, lalu berpotensi membawa kepada kematian jika tidak dirawat.
Komplikasi kesihatan
- Kegagalan reproduktif:
- Ketidakseimbangan hormon: perubahan hormon yang disebabkan oleh tekanan boleh menyebabkan kegagalan reproduktif seperti keguguran dan kelahiran mati.
- Perkembangan janin yang tidak baik: tekanan kronik boleh menjejaskan perkembangan janin, menghasilkan anak yang lahir lemah (kemudiannya akan mati) atau mati lahir.
- Gangguan metabolik:
- Kekurangan tenaga: tekanan yang berpanjangan menghabiskan rizab tenaga, menyebabkan keadaan seperti ketosis pada ternakan tenusu.
- Penyerapan nutrien terjejas: tekanan boleh menjejaskan penyerapan nutrien, menyebabkan kekurangan dan kesihatan keseluruhan yang akan bertambah teruk.
- Tekanan kardiovaskular:
- Hipertensi: tekanan kronik boleh menyebabkan tekanan darah tinggi yang berterusan, meningkatkan risiko kejadian kardiovaskular.
- Aritmia jantung: ketidakseimbangan elektrolit dan tahap adrenalin yang tinggi secara kronik boleh menyebabkan degupan jantung tidak teratur.
Peringkat akhir dan kematian
- Kegagalan sistemik:
- Sindrom organ tidak berfungsi berganda: tekanan yang berpanjangan dan tekanan sistem pertahanan badan yang seterusnya boleh menyebabkan kegagalan pelbagai sistem organ.
- Sepsis: peningkatan terhadap jangkitan boleh menyebabkan sepsis, tindak balas yang mengancam nyawa ternakan.
- Kegagalan kardiovaskular:
- Kegagalan jantung: tekanan pada sistem kardiovaskular yang berpanjangan boleh menyebabkan kegagalan jantung.
- Renjatan: asidosis yang teruk, ketidakseimbangan elektrolit, dan jangkitan sistemik boleh menyebabkan renjatan, membawa kepada kematian.
- Kegagalan respirasi:
- Tekanan pernafasan: dalam kes yang teruk, tekanan boleh menyebabkan tekanan pernafasan dan kegagalan ini disebabkan oleh keradangan sistemik dan asidosis.
Strategi pembetulan
- Latihan pengendalian yang betul: pengendali harus dilatih dengan teknik yang betul untuk mengurangkan tekanan. Ini termasuk memahami tingkah laku ternakan, menggunakan peralatan yang sesuai, dan mengekalkan persekitaran yang tenang dan senyap.
- Perubahan diet yang beransur-ansur: sebarang perubahan dalam rejim pemakanan harus dilakukan secara beransur-ansur. Memperkenalkan makanan baru perlahan-lahan selama beberapa hari hingga minggu, membolehkan sistem pencernaan haiwan menyesuaikan diri.
- Rutin dan konsistensi: mengekalkan jadual pemakanan yang konsisten dan rutin pengendalian untuk meminimumkan tekanan. Ternakan berprestasi lebih baik dalam keadaan rutin dan dapat diramal.
- Pemantauan kesihatan: pemeriksaan kesihatan berkala dapat membantu mengesan tanda awal masalah yang berkaitan dengan tekanan. Menangani masalah kesihatan dengan cepat boleh mencegah kesan jangka panjang.
- Pengurusan persekitaran: pastikan persekitaran sesuai dengan kesejahteraan ternakan. Ruang yang mencukupi, kawalan suhu yang baik, pengudaraan yang baik, dan keadaan yang bersih adalah penting.
Kesimpulan
Tekanan pada ternakan, sama ada disebabkan oleh pengendalian yang tidak betul atau perubahan rejim makanan secara tiba-tiba, akan memulakan rangkaian tindak balas fisiologi yang kompleks. Kesan tindak balas tekanan kepada ternakan akan membawa kepada penurunan tahap kesihatan yang ketara melalui tekanan sistem pertahanan badan, ketidakseimbangan metabolik, dan tekanan kardiovaskular. Memahami patofisiologi ini menekankan kepentingan pengendalian ternakan yang betul dan perubahan diet secara beransur-ansur untuk mengekalkan kesihatan dan produktiviti ternakan yang menurun, termasuklah kematian ternakan.
Faktor tekanan mungkin dipandang rendah dan tidak disedari, namun ianya akan membawa kepada kerugian dengan penurunan produksi, kematian dan juga melibatkan kos yang tinggi serta masa yang lama bagi mengatasi masalah ini, secara tidak langsung akan menyebabkan motivasi kerja yang semakin menurun akan menggagalkan sesebuah ladang ternakan.