Daging Lembu Yang Dipanggil Veal Dan Beef

Walaupun ianya adalah daging lembu, namun negara barat dalam seni kulinari mereka mempunyai istilah khusus bagi setiap jenis daging yang digunakan dalam masakan. Kerana setiap jenis daging mempunyai perbezaan yang ketara. Kali ini, jom kita kenali daging yang dipanggil sebagai veal dan beef.

Veal adalah daging lembu muda yang berumur mereka biasanya sekitar 6 hingga 7 bulan. Seekor anak lembu dipanggil calf berumur satu tahun – selepas itu ia dipanggil bovine. Daging itu kemudian disebut beef.

Sehingga 8 bulan, daging lembu veal mempunyai berwarna merah jambu muda. Komposisi makanan yang dimakan oleh anak lembu (calf) boleh mempengaruhi warna daging veal. Perkembangan warna daging juga ditentukan secara genetik (keturunan atau baka) lembu.

Selepas 8 bulan, daging menjadi lebih gelap warnanya dan istilah ‘rosé veal’ digunakan. Setelah berusia 12 bulan, daging itu disebut sebagai beef. Warna dagingnya akan berubah menjadi warna merah. Diingitkan juga daging lembu boleh saja berasal dari pelbagai jenis baka lembu tenusu dan pedaging.

Daging lembu jenis beef yang direbus dan dipanggang mempunyai masa memasak yang lebih lama daripada potongan daging lembu jenis veal yang sama. Untuk cara masak steak dan sirloin, masa penyediaannya veal dan beef hampir sama. Daging lembu jenis beef mempunyai rasa yang lebih kuat jika dibandingkan dengan daging lembu jenis veal dan teksturnya yang agak kasar.

Veal terkenal dengan berkualiti tinggi, kelembutan dan intensiti rasa yang enak. Tekstur daging lembu yang halus menjadikannya lembut dan digunakan dalam pelbagai jenis masakan. Veal secara umum mudah dicerna dan rendah kolesterol. The Netherlands Nutrition Centre menyatakan, veal kaya dengan vitamin dan mineral, seperti vitamin B1, vitamin D, protein dan zat besi. Veal adalah daging tanpa lemak, dan rendah sodium.

Sumber rujukan:

https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1111/j.1365-2621.1946.tb16332.xStudies on veal, I. effect of different internal temperatures on veal roasts from calve of different weights, by Pauline Paul and Beth Bailey Mclean, 1945, Journal of Food Science a publication of the Institute of Food Technologist, https://onlinelibrary.wiley.com/doi/abs/10.1111/j.1365-2621.1946.tb16332.x

The difference between veal and beef, https://foodstruct.com/compare/veal-vs-beef

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel