Pemahaman pada istilah jenis daging kambing adalah penting supaya tiada salah faham dalam penyediaan juadah atau produk jualan. Dengan mengetahui jenis daging kambing, kita oleh menggunakannya untuk menghasilkan produk yang berkualiti. Kepuasan pelanggan dan kejujuran dalam perniagaan adalah kunci perniagaan anda untuk bertahan lebih lama daripada pesaing anda.
Chevon, Cabrito dan Capretto adalah istilah kulinari yang biasa diguna pakai untuk membezakan jenis daging kambing. Serta kita boleh membuat keputusan yang terbaik untuk cara masakan pada jenis daging kambing tersebut. Bergantung kepada kemahiran yang anda milik, keenakan masakan akan terserlah.
Istilah ini banyak digunakan oleh dunia barat, bagi bahasa mudah, Chevon adalah daging kambing dewasa, istilah ini berasal dari bahasa Perancis diambil daripada perkataan chèvre, bermaksud kambing. Ada juga pihak yang menggunakan istilah chèvre sebagai maksud “keju yang diperbuat daripada susu kambing”.
Cabrito pula adalah daging kambing yang berumur 5 hingga 8 bulan, berasal dari bahasa Rom yang membawa makna kambing muda yang masih menyusu, pada umur tersebut jika tidak diasingkan dari induk betina, anak kambing masih lagi menyusu. Pernah dengar perkataan Córdoba dari Argentina?
Capretto mula daging kambing muda yang berumur 4 hingga 8 minggu. Namun budaya setempat adalah berbeza bagi pemakanan daging kambing, ianya tertakluk kepada tradisi, penerimaan, permintaan dan juga amalan keagamaan.
Terserah kepada anda, untuk memilih bagaimana daging kambing ini untuk dimasak, adakah dengan cara rebus, kari, baked, grilled, barbecued, cincang, goreng, atau dijadikan sausage (dan seumpama dengannya). Pemilihan jenis daging ini boleh memastikan produk anda berkualiti tinggi dan berdaya saing.
Sumber rujukan:
60 Something: Goats III—Cabrito, Capretto, Chevon or Kid? Kathleen Dorsey, 2013, https://www.nwitimes.com/niche/prime/blogs/60something/something-goats-iii-cabrito-capretto-chevon-or-kid/article_9e87b631-d093-5f92-b3d9-1bdc23818782.html
Goat Meat AKA Chevon or Cabrito, Capretto or at times even Mutton, Lynn@AndreasHomestead.com, 2015, https://www.andreashomestead.com/goat-meat-aka-chevon-or-cabrito-capretto-or-at-times-even-mutton/