Fasciola Gigantica Masalah Cacing Hati Yang Membimbangkan

Sumber Gamber: Dr Khadijah Saad [PhD Animal Science] 

Fasciola Gigantica adalah salah satu jenis cacing yang kerap kali menggangu kesihatan ternakan. Cacing jenis ini selalunya akan target organ vital seperti hati dan juga hempedu. Ternakan yang biasa dijangkiti adalah seperti ternakan lembu, kerbau, kambing dan juga bebiri (walau bagaimanapun, ternakan lain juga berpotensi untuk dijangkiti)

Sifat

Berbentuk leper, seperti daun, mempunyai kitaran hidup yang komplek. Fasiola Gigantica yang matang kebiasaanya berwarna coklat pucat- kelabu coklat, bersaiz antara 15mm hingga 40mm panjang dan 12mm lebar. Msalah bebanan cacing Fasiola Gigantica boleh mengakibatkan penghasilan susu dan juga tumbesaran ternakan menurun. Kebarangkalian untuk ternakan mati amat tinggi.

Perumah dan habitat 

Fasciola Gigantica kebiasaan boleh ditemui dikawasan yang mempunyai tahap kelembapan yang tinggi seperti sawah, sekitar parit, tasik dan juga kawasan struktur yang mempunyai aliran air yang perlahan. Kebiasaan perumah yang digunakan adalah siput. 

Bagaimana Kerosakan Terjadi

Ternakan yang makan rumput atau meragut kawasan yang mempunyai cacing hati (dalam bentuk larva), larva  tersebut akan menembusi dinding usus ternakan dan memasuki rongga peritoneum. Dari sana larva akan pergi ke hati, pergerakan larva ini yang menyebabkan kerosakan hati ternakan.

Kerosakan yang terjadi mungkin terlalu parah sehingga menyebabkan pecahnya kapsul hati dan berlaku pendarahan rongga peritoneal, kadang kala ini yang menyebabkan kematian secara tiba-tiba. Larva dewasa juga boleh menyebabkan keradangan dan saluran empedu tersumbat lalu menyebabkan penyakit kuning (jaundis) dan sirosis pada hati.

Cacing hati yang telah matang akan hidup di saluran empedu ternakan akan mula bertelur dalam jumlah yang banyak. Telur tersebut kemudiannya disalurkan ke saluran empedu dan masuk ke usus dan akhirnya dikeluarkan bersama najis ternakan.

Dalam keadaan yang baik – keadaan air dan kelembapan yang sesuai – telur akan menetas dan menjadi larva (miracidia) dan yang ini akan menyerang perumah perantaraan, iaitu siput Pseduoduccinea columella. Untuk bertahan dan terus hidup, miracidia mesti mencapai siput perumah dalam tempoh 24 hingga 30 jam kerana jangka hayatnya pendek, larva memerlukan suhu di atas 5 ° C dengan suhu optimum adalah 15 ° C hingga 24 ° C.

Selepas lima hingga lapan minggu dan beberapa peringkat larva kemudiannya akan keluar dari siput. Larva akan berada pada rumput dan dimakan oleh ternakan. Larva tersebut akan bergerak ke hati ternakan sebelum memasuki saluran empedu, dan melalui kitaran seperti sebelum ini.

Ringkasan Kesan Pada Ternakan

Terdapat banyak kesan pada kesihatan ternakan yang dijangkiti, namun ianya pelbagai melihat pada tahap keseriusan jangkitan yang dialami. Antaranya seperti berikut;

  • Kurus
  • Cirit-birit
  • Anemia (pucat)
  • Jaundis
  • Hilang selera makan
  • Tidak membiak
  • Berat badan lambat meningkat

Rawatan dan pencegahan

Rawatan yang berkesan adalah menggunakan ubat nyah cacing dalam kumpulan albendazole, namun kekerapan penggunaannya boleh menyebabkan kerintangan, dapatkan nasihat daripada doktor veterinar bertauliah yang berdekatan dengan anda.

Namun rawatan yang dilakukan adalah untuk ternakan yang mempunyai kesan penyakit yang jelas, tanpa langkah pencegahan rawatan boleh menjadi satu langkah yang sia-sia. Antara pencegahan yang boleh dilakukan adalah dengan;

  • Melaksanakan program kesihatan gerompok,
  • Pemberian ubat nyah cacing yang berjadual dan dipantau,
  • Menulai atau memotong rumput untuk makanan ternakan pada waktu petang ataupun selepas embun kering,
  • dan mengamalkan pergiliran padang ragutan.

Sumber rujukan:

FASCIOLIASIS IN AN ADULT DRAUGHT BUFFALO IN MALAYSIA: A CASE REPORT ROSILAWATI K.1, RAMLI S.1 AND SAIPUL BAHARI A.R.2, 2017, Malaysian Journal of Veterinary Research

Liver Fluke: The Disease and The Snail, 2013 http://www.thecattlesite.com/articles/3714/liver-fluke-the-disease-and-the-snail/

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel