Anaplasmosis Penyakit Darah Dalam Diam

Anaplasmosis adalah salah satu penyakit darah yang ditularkan oleh vektor pada lembu, atau ternakan lain yang disebabkan oleh parasit Rickesttsial, kebanyakan yang dilaporkan adalah Anaplasma Marginale dan Anaplasma Centrale. Anaplasmosis juga dikenali sebagai “yellow-bag” atau demam kuning (jika nada mahu lakukan pencarian lanjut).

Parasit ini menjangkiti sel darah merah dan menyebabkan anemia teruk (mekanisma yang menyebabkan perkara ini berlaku akan diterangkan pada masa akan datang). Selalunya, disebarkan melalui kehadiran kutu.

Gejala:
Anemia
Demam
Pengurangan berat
Kesukaran bernafas
Jaundis
Pergerakan yang tidak terkoordinasi
Pengguguran
Kematian

Pencegahan:
Biasanya, kes anaplasmosis meningkat pada peralihan cuaca dan ketika bilangan vektor meningkat. Oleh itu, kawalan vektor adalah kunci untuk mencegah anaplasmosis. Sekiranya perlu rawatan kawanan dengan suntikan oxytetracycline setiap 3 hingga 4 minggu pada masa berisiko tinggi mungkin diperlukan akan mencegah penyakit klinikal tetapi haiwan boleh menjadi pembawa (dapatkan nasihat rawatan terlebih dahulu melalui doktor veterinar bertauliyah yang berdekatan dengan anda).

Chlortetracycline juga dikenali sebagai CTC dapat mengurangkan risiko anaplasmosis. Pengambilan jumlah mineral yang betul adalah penting untuk program pencegahan anaplasmosis. CTC boleh didapati dalam makanan berubat, campuran garam-mineral pilihan percuma dalam bentuk serbuk ataupun blok.

Di beberapa buah negara lain, vaksin digunakan untuk meningkatkan daya tahan terhadap anaplasmosis.

Baca juga artikel berkaitan Parasit External Pada Ruminan

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel