Bagaimana Mengira ADG Dalam Penternakan Arnab

Oleh Aisya Ridha (Goodtree Garden)

ADG ialah singkatan kepada “average daily gain”. Ia adalah antara angka-angka dalam produksi arnab yang penternak kena tahu macam ‘back of your hand’ bak kata omputih.

ADG lebih kritikal dalam penternakan arnab secara konvensional kerana tumbesaran arnab banyak dipengaruhi suhu persekitarannya. Maka terdapat variasi ADG pada arnab jika dibandingkan dengan arnab diternak dalam ‘controlled environment’.

Tidak pelik dalam penternakan kovensional sekiranya arnab yang lahir pada hari yang sama mempunyai berat yang jauh berbeza semasa cerai susu. Malah arnab yang cerai susu pada berat yang rendah mempunyai ADG yang lebih rendah pada peringkat grower.

Contoh pengiraan ADG.

I = Initial weight (berat masa cerai susu) – 700g
F = Final weight (berat masa sembelih) – 2000g
d = Days (jumlah hari dari cerai susu ke hari sembelihan) – 45 hari

(F – I)/d

(2000g-700g)/45 hari = 28.9g/hari

ADG = ~29g/hari\

Maklumat ini memberikan data asas pengiraan Feed Conversation Ratio (FCR) dan juga merancang produksi mingguan. ADG boleh dibuat secara rawak dan tidak perlu dilakukan sebagai rutin harian. Pengiraan ADG diperlukan apabila terdapat perubahan mendadak dalam “angka-angka” pengukur produksi mingguan ladang atau bila-bila masa diperlukan seperti penukaran formulasi makanan etc.

Maklumat ADG dan FCR boleh digunakan sebagai data untuk menilai prestasi ladang setelah melihat peratusan karkas yang dihasilkan. Segala kos dan keuntungan perlu diteliti yang memastikan perniagaan berada pada landangan yang diingini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *