Jom Fahami Ilmu Pencernaan Asas Menternak Arnab

Oleh Aisya Ridha (Goodtree Garden)

Sepertimana yang diketahui, pemakanan menelan kos yang besar dalam pengurusan ladang, apa sahaja jenis ternakan. Tanpa memahami asas fisiologi pemakanan ternakan, bagaimana untuk kita menghasilkan ternakan yang berkuliti dan memberi pulangan keuntungan semaksima mungkin kepada kita.

Arnab adalah haiwan herbivor dan pseudo-ruminan (seakan-akan ruminan). Sistem pencernaan sistoliknya menyerupai haiwan monogastrik. Namun arnab dan haiwan monogastrik lain berbeza kerana arnab melakukan coprophagia.

Apakah itu Coprophagia?

Boleh diterjemahkan sebagai proses memakan semula “najis” atau partikel makanan separa tercerna yang dipanggil ‘caecotropes’. Proses ini kritikal untuk mengekalkan tahap vitamin B serta sintesis protein pada arnab.

Kolon peroksimal (rujuk gambar) arnab mempunyai dwi-fungsi. Sebelah pagi ia berfungsi sebagai pemproses ‘caecotrophes’ (mimik proses yang berlaku di perut rumen dan retikulum lembu), manakala pada masa-masa lain ia berfungsi seperti kolon biasa – namun masih berfungsi agak pelik kerana ia akan menapis najis (hard pellet) serta membalikkan semula partikel yang masih perlu dihadam ke dalam caecum.

Arnab akan mengitar semula sekali lagi atau lebih partikel makanan untuk mencerna serat/protein tumbuhan melalui proces ‘caecotrophy’ supaya nutrisi dapat dihadam dengan sempurna. Oleh itu, proses penghadaman arnab mengambil masa 18 ke 30 jam atau purata 20 jam.

Sistem pencernaan yang kompleks ni menjadikan arnab sangat sensitif dengan perubahan mendadak dalam diet dan jadual makan mereka.

Sumber: GROUP ARNAB MALAYSIA

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel