Disediakan oleh: Narin Nfk Farm
Bahagian 1
Percayakah anda ramai dikalangan rakyat Malaysia yang masih lagi dapat membezakan mana satu kambing dan mana satu biri-biri atau Bebiri. Ada sesetengah mereka mengatakan bebiri itu adalah Kambing. Walaupun kedua-duanya disebut kambing namun kedua-duanya adalah berbeza dari segala sudut.
Apatah lagi daging yang dihasilkan turut mempunyai perbezaan yang ketara. Dari segi saintifik, bebiri tergolong di dalam keluaraga Ovis Aries manakala kambing pula tergolong di dalam keluarga Capra Hircus. Masing-masing merupakan spesis yang berbeza. Bebiri mempunyai 54 kromosom manakala kambing pula mempunyai 60 kromosom.
Namun begitu walaupun kedua-duanya tergolong dari spesis yang berlainan namun ia masih boleh dikahwinkan. Walau bagaimana pun jarang sekali hybrid kambing-bebiri yang berjaya dihasilkan mempunyai tahap kesuburan yang tinggi. Dengan kata mudah, untuk membesarkan populasi hybrid kambing-bebiri satu kerja yang merugikan.
Kambing (goat) dan biri-biri atau bebiri (sheep) pada dasarnya adalah haiwan ternakan yang berbeza. Kambing adalah kambing dan biri-biri adalah dari jenis kibas. Bentuk fizikal dan genetik (DNA) kedua-dua haiwan ini juga berbeza walaupun rupanya hampir sama. Justeru, kalau makan nasi beriani di kedai jangan sampai kita tertipu.
Pada kebiasaannya di kedai “nasi beriani kambing” adalah sebenarnya “nasi beriani bebiri” daripada daging bebiri yang ternyata harganya lebih murah dan banyak lemak serta mempunyai kadar kolesterol yang sangat tinggi berbanding dengan daging kambing seperti Boer yang mempunyai kadar kolesterol yang lebih rendah dari bebiri dan juga ayam.
Tetapi harga “nasi beriani kononnya beriani daging kambing” ini harganya sangat mahal sepinggan (mengikut harga daging kambing di pasaran). Bagaimana pula dengan “lamb chop”, pernah tak kita memeriksa daging apa yang digunakan oleh restoran-restoran yang menjual makanan barat (western food) ini.
Daging kambing atau bebiri yang digunakan? Kalau “lamb” tentulah ia daging bebiri tetapi kalau daging kambing yang digunakan untuk membuat “lamb chop” tentulah pelanggan bertuah. Harga Daging bebiri import jauh lebih murah daripada harga kambing. Mengapa Bayar lebih, untuk mendapatkan margin keuntungan yang tinggi.