Breeding Wheel Aplikasi Pembiakan Ternakan

Breeding Wheel adalah aplikasi mudah alih bagi pengurusan pembiakan ternakan. Penternak boleh memasukkan data yang diperlukan dan peringatan untuk melakukan program pembiakan (melalui alami atau permanian beradas) akan diingatkan oleh aplikasi ini. Pihak pembangun aplikasi ini telah membantu pihak pengurusan ladang untuk memantau penghasilan dan juga kesuburan induk ternakan.

 

Selain itu Breeding Wheel juga memaparkan status pengeluaran produktif dan pembiakan melalui paparan grafik berbentuk roda. Ianya membolehkan pengguna dengan cepat dan mudah mengenal pasti ternakan yang mempunyai masalah pembiakan, serta jadual perkhidmatan (permanian beradas), tarikh pengeringan lembu, pengenalan haiwan dengan tempoh laktasi dan ramalan tarikh biang ternakan.

Breeding Wheel telah dibangunkan oleh Embrapa units: Southeast Livestock and Information Technology, melalui Full Bucket Program. Telah diterbitkan di google play pada 2018 untuk sistem operasi android, bersaiz 7.8M, sesuai dengan android versi 4.0.3 dan keatas. Bagi yang berminat untuk menggunakan aplikasi ini boleh layari google play, ataupun klik butang berikut;

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel