ADEKB Vitamin Yang Diperlukan Oleh Ternakan

Selain mineral, vitamin juga memainkan peranan dalam fisiologi ternakan, ketahanan badan, pembiakan dan jugapembesaran ternakan. Vitamin secara amnya melibatkan lima (5) jenis iaitu A, D, E, K dan B. Kenapa vitamin-vitamin ini diperlukan oleh ternakan? Berikut adalah secara ringkas info berkaitan setiap jenis vitamin tersebut;

Vitamin A, makanan yang bersumberkan hijauan adalah sumber utama bagi bekalan vitamin A untuk ternakan. Ianya berfungsi bagi membantu daya penglihatan yang lebih baik. Selain itu, ianya juga berfungsi bagi membantu pengembangan tulang, gigi dan juga fungsi ginjal yang lebih baik.

Vitamin D, dihasilkan melalui radiasi ultraviolet pada kulit. Vitamin ini membantu penyerapan nutrisi yang lebih berkesan sewaktu penghadapan makanan berlaku. Pembahagian calcium dan phosphorus dalam badan distabilkan oleh vitamin D, ini akan mengelakkan ternakan daripada menghadapi penyakit metabolisma.

Vitamin E, diperolehi melalui sumber makanan hijauan dan juga bijirin (seperti jagung). Vitamin E banyak terlibat dengan pembiakan dan penglibatannya dengan mineral selenium boleh meningkatkan kesuburan ternakan. Tanda biang yang jelas boleh dikesan oleh penternak dengan lebih baik.

Vitamin K, dihasilkan dari organ pencernaan terutamanya di bahagian usus oleh bakteria baik. Vitamin K amat penting ketika ternakan mengalami kecederaan dan juga, menyebabkan darah keluar dan ternakan akan mengalami kehilangan darah yang ketara jika tiada penglibatan vitamin ini. Vitamin K berfungsi dalam menghentikan pendarahan dialami oleh ternakan.

Vitamin B, dihasilkan oleh ternakan sendiri. Thiamin, biotin, riboflavin, niacin, pantothenic acid, pyridoxine, folic acid, vitamin B12 dan choline adalah bahan yang menghasilkan vitamin B complex. Apabila sistem rumen ternakan telah matang, ternakan mampu menghasilkan vitamin B sendiri. Namun apakan daya vitamin B tanpa vitamin D.

Melihat kepada fungsi-fungsi bagi setiap jenis vitamin ini, memperlihatkan kebergantungan ternakan pada vitamin adalah penting. Pemberian vitamin melalui suntikan dan juga melalui pemberian “premix” melalui makanan boleh dilakukan jika tanda-tanda kekurangan vitamin berlaku. Pemberian vitamin tanpa penilaian tahap kekurangan membimbangkan boleh menyebabkan toksik pada ternakan, dan secara tidak sedar, kerugian telah dialami.

Sumber rujukan:
1. Mineral and Vitamin Nutrition for Beef Cattle,2008, thebeefsite.com
2. Nutrient Requirements of Dairy Cattle: Seventh Revised Edition, 2001 (2001) Chapter: 7. Vitamins nap.edu
Baca juga artikel Pica Masalah Selera Ternakan

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel