Disediakan oleh: Mohd Shahrir Mustapha
Kesatuan dalam penternakan adalah salah satu dari enam modal yang diperlukan jika anda mahu berjaya dalam industri ini. Bersatu kita teguh, bercerai kita roboh, adalah perkara yang diterapkan untuk hidup bermasyarakat, apatah lagi dalam komoniti kecil penternak. Kita sedikit tapi kita ada, dalam memastikan keperluan makanan tempatan terutamanya produk pedaging dan tenusu memenuhi pasaran. Beruntung bagi masyarakat yang mempunyai kelompok penternak yang berdekatan, kerana dapat merasakan produk yang segar dari ladang.
Kesatuan dalam penternakan perlu diterapkan dan disepakat bagi menjaga keperluan dan hak dalam dunia penternakan ini. Bekalan bahan makanan, baka, peralatan dan juga pasaran perlu diperkemaskan, namun tidak lupa juga mengekang menularan wabak penyakit yang akan meruntuhkan ekosistem penternakan juga perlu diperhatikan (sudah pasti perlukan kerjasama pihak berwajib). Persatuan juga boleh menyampaikan hasrat penternak dan membangunkan kebolehan serta ilmu melalui aktiviti pengembangan daripada beberapa pihak seperti jabatan, universiti dan mana-mana penternak yang telah berpengalaman.
Untuk mencapai perkara itu, kepentingan komuniti penternak perlu didahulukan bukan hanya kepentingan diri yang dikedepankan. Sudah pasti kerja ini banyak menggunakan tenaga, masa dan juga kewangan. Tapi dimana datangnya hasil lumayan dalam persatuan ini? Apakah kos sahaja yang habis? Melihat negara jiran seperti Indonesia, Thailand, Filipina dan beberapa negara lain yang maju dalam penternakan seperti Australia, apakah yang mereka lakukan sehinggalah penternakan mereka berjaya? Mereka mempunyai stuktur organisasi yang berfungsi dengan baik, sehinggakan aktiviti export dan juga penilaian genetik mereka dapat kuasai.
Mereka berkoperasi dengan baik, disokong dan dipergerakkan dengan berkesan, sehinggakan makanan ternakan mereka boleh aturkan, penternak hanya memberi fokus kepada pengurusan ladang serta pengeluran, bab pemakanan serahkan kepada koperasi. Melihat kejayaan Wagyu, Boer, Belgium Blue dan lain-lain amatlah dicemburui. Semoga kita juga mampu mengecapai kejayaan tersebut seperti mereka. Cukup sudah dengan sikap menyalahkan itu dan ini, masa mengusahakannya adalah lebih penting.
Dalam media social seperti facebook, tertubuhnya beberapa kesatuan seperti kelab dan juga persatuan. Disenaraikan sebanyak 21 buah facebook group seperti berikut untuk anda ikuti;
1. kelab memelihara binatang Malaysia
2. 02GAUR
3. USAHAWAN RUMINAN-FBI 🇲🇾
4. kelab penternak anok kelantan(KPAK)original
5. Persatuan Penternak Lembu dan kambing (kedah)
6. persatuan penternak kambing Malaysia
7. KELAB PENTERNAK GUA MUSE (KEPGUM)
8. Asia Ruminan
9. Kelab Penternak Anok Tranung(KPAT)
10. Penternak Lembu Kambing Kerbau Malaya
11. PERSATUAN PENTERNAK LEMBU@NEGERI PAHANG
12. Geng Lembu & Kambing 1~Malaya #Jiwaternak
13. KLC ( kambing lembu champion )..edisi olahan
17. Penternak Lembu Dan Kambing (Ruminan) Malaysia
18. PENTERNAK LEMBU,KERBAU,KAMBING,BIRI2 TERENGGANU
19. PERSATUAN PENTERNAK RUMINAN NEGERI TERENGGANU
20. Group Transformasi Ruminan (GTR)
21. Pasar Ruminan Pantai Timur (RPT)
Nota: Jika ada yang tidak tersenarai, mohon hubungi penulis di penternakdotmy@gmail.com
Baca juga artikel Enam Modal Yang Diperlukan Oleh Penternak