Paras pH normal rumen ternakan adalah 6 hingga 7. Namun kejadian rumen acidosis, adalah situasi yang mana pH rumen menurun dan menyebabkan keadaan berasid. Kebiasaan keadaan ini boleh berlaku pada ternakan yang diberi makan bahan yang mengandungi banyak bijirin. Jika kita teliti, masalah ini terjadi pada ternakan yang diberi makan pellet yang berpanjangan dengan kuantitinya melebihi pemberian bahan makanan yang mengandungi fiber (situasi terdesak boleh berlaku pada musim hujan ataupun kemarau).
Kekurangan pemberian makanan yang berasaskan fiber, kuantiti yang sedikit, dan kualiti kepanjangan fiber juga pendek boleh menyebabkan ternakan akan kurang menguyah. Tempoh masa normal menguyah menurun, menyebabkan penghasilan air liur juga berkurangan. Seterusnya menyebabkan kepekatan bicarbonate dan phosphate (kedua-duanya berada dalam air liur) turut berkurang, kedua-duanya berfungsi mengawal pH rumen ternakan.
Proses penapaian untuk mencerna kanji yang terhasil boleh menyebabkan asid laktik kian meningkat dengan drastik, menyebabkan mikroflora yang diperlukan mati, seterusnya menyebabkan lapisan mucosal rosak, dan keadaan ini menyebabkan cecair badan memasuki rumen pada kadar yang tidak normal. Keadaan ini boleh menyebabkan pergerakan rumen berkurang, serta berlakunya dehidrasi, dan berakhir dengan cirit birit.
Pada sesetengah ternakan, keadaan berasid juga boleh berlaku pada sistem peredaran darah, sistem pencernaan sudah pasti terjadi, jangkitan boleh berlaku pada mana-mana organ. TKematian ternakan mula terjadi dengan faktor keadaan tubuh badan yang berasid, ataupun disebabkan oleh jangkitan kuman yang menyerang sistem tubuh yang kini tidak stabil.
Ternakan yang bertubuh besar, muda dan mempunyai selera yang baik antara ciri-ciri yang berisiko yang tinggi menghadapi masalah ini. Cara pemakanan ternakan yang gelojoh, keadaan berebut sewaktu makan akan mendedahkan ternakan tersebut pada masalah ini. Dalam kelompok ternakan yang banyak, anda dapat mengesan ternakan yang menghadapi masalah ini, bermakna ternakan lain yang belum menunjukkan tanda klinikal yang jelas juga menghadapi masalah yang sama (cuma tanda klinikalnya kurang jelas).
Disini terdapat satu persoalan, adakah dengan rawatan menggunakan antibiotik sepertimana yang diamalkan oleh anda apabila berlaku cirit birit boleh menyelesaikan masalah? Jika digunakan boleh menyebabkan mikroflora akan mati. Masalah akan bertambah apabila rawatan antibiotik tidak berkesan, lalu ternakan anda mati? Ternakan yang telah diberikan antibiotik tidak boleh dimakan sewenang-wenangnya kerana masih dalam “tempoh penarikan” (withdrawal period)? Anda tidak kisah dengan kerintangan antibiotik? Banyak lagi persoalan lain yang perlu dijawap sebelum memberi satu rawatan. Jaga kuantiti pemberian pellet dan tingkatkan pemberian makanan normal ternakan, iaitu hijauan yang mempunyai fiber yang tinggi.
Topik ini boleh diringkaskan seperti gambar di bawah:
Sumber rujukan:
1. Ingrid Lorenz , DMV, DMVH, DECBHM, School of Agriculture, Food Science and Veterinary Medicine, University College Dublin, Subacute Ruminal Acidosis (Chronic ruminal acidosis, Subclinical ruminal acidosis), 2015, msdvetmanual.com
2. SHAFII ABDULLAHI, University Lecturer at Faculty of Veterinary Medicine and Animal Husbandary (SNU), Bovine Viral Diarrhea, 2016, slideshare.net
3. Rumen Acidosis, Veterinary Handbook For Cattle Sheep and Goats, veterinaryhandbook.com.au
Baca juga artikel Masalah Kembung Pada Ternakan Ruminan