Penyakit Tidak Dikenali Pada Ternakan Lembu Di Fashoda

Sudan– Satu penyakit misteri telah tular pada beratus-ratus ternakan di beberapa kawasan Fashoda State, Sudan dalam dua minggu yang lalu, perkara ini dinyatakan oleh Pastoralists Union.

Bercakap kepada Radio Tamazuj pada hari Khamis lalu, John Othow, pengerusi kesatuan di Fashoda berkata beberapa penjaga lembu di daerah Kodok, Okurwa, Lul dan Manyo mengeluh bahawa penyakit misteri tersebut telah menyebabkan kematian beratus-ratus ekor ternakan mereka.

Othow lebih lanjut mengatakan ternakan mati tanpa perubatan veterinar dan vaksin. “Saya telah mendapat panggilan telefon dan beberapa orang datang ke pejabat saya yang mengadu tentang haiwan mereka yang mati di Fashoda. Kami mendesak FAO [Pertubuhan Makanan dan Pertanian] untuk memberi bantuan rawatan dan vaksin pada ternakan, “tegasnya.

Othow menggesa orang ramai supaya tidak memakan daging dari ternakan lembu yang mati, tetapi membakar atau menanamnya agar tidak dijangkiti penyakit. Tindakan penting yang perlu dilakukan secepat mungkin supaya kadar kematian ternakan menurun dan dapat hidup dalam keadaan sihat. Di Sudan Selatan, penduduk setempat kebanyakannya bergantung pada ternakan sebagai sumber pendapatan.

Sumber: radiotamazuj.org
Baca juga artikel Bagaimana Menghadapi Penularan Penyakit Pada Ternakan

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel