Buat anda yang memiliki induk betina sudah pasti menginginkan induknya melahirkan anak yang berkualiti. Lalu apakah pilihan cara untuk membuntingkan induk antara inseminasi buatan (AI) ataupun pembiakan alami (NB), yang mana menjadi pilihan dihati anda? Sebelum kita pergi lebih jauh, mari kita kenali apakah itu AI dan NB;
NB ringkasan daripada Natural Breeding ataupun kita terjemahkan sebagai pembiakan alami adalah pembiakan yang dilakukan dengan semulajadi sifat ternakan anda, teknik ini merupakan teknik yang biasa dilakukan oleh penternak. Pada asalnya keperluan pembiakan secara semulajadi ini dianggap mempunyai kos pengurusan yang lebih murah.
Tanpa bantuan alat, penyusunan masa yang tertentu, memerlukan pejantan yang unggul. Kos yang berpanjangan namun kurang terasa beban kewangan yang besar. Kelebihan menggunakan teknik ini, penternak tidak perlu peka dengan tempoh biang induk betina yang optimum, kerana tugasan induk pejantan yang mengesan situasi ini. Peratusan kebuntingan yang lebih tinggi, namun perkembangan genetiknya tidak luas. Pergerakannya terhad, menyukarkan lagi aktiviti pembiakan dilakukan.
Ianya sangatlah berbaloi jika anda mempunyai induk betina yang banyak, disarankan perbandingan induk pejantan dengan induk betina adalah 1:20-30 (lembu), 1:10-15 (kambing/bebiri) untuk satu tempoh program pembiakan dilakukan. Jika anda mempunyai induk betina 30 hingga 100 ekor adakah anda memilih teknik AI untuk membuntingkan induk betina anda?
AI atau artificial insemination boleh kita terjemahkan sebagai inseminasi buatan. Merupakan teknik yang pertama kalinya digunakan untuk haiwan adalah pada sekitar tahun 1780. Pada awalnya diperkenalkan bagi menggelakkan penyebaran penyakit. Teknik ini memerlukan bantuan alatan, penentuan masa yang spesifik, tidak memerlukan pejantan, namun anda memerlukan juru suntik bertauliyah (AIman) yang mahir. Kosnya kewangannya sedikit terasa membebankan. Pada masa kini, AI telah membantu penternak untuk mendapatkan benih pejantan dengan lebih mudah, disimpan lama, pergerakannya lebih meluas.
Kerana teknik ini, kajian dan pemerhatian dapat dilakukan dengan lebih baik. Kini wujudnya baka ternakan baharu, yang boleh mengeluarkan hasil berganda, ternakan kelihatan lebih baik serta ternakan mempunyai nilai yang lebih tinggi. Pemilihan baka ibarat seperti memetik jari ketika melihat risalah baka ternakan. Teknik ini juga telah berkembang dengan lebih pesat sehinggalah anda mampu memilih jantina anak ternakan yang akan lahir. Risiko untuk teknik ini menjadi dan berhasil amat kurang, namun jika AIman mempunyai kemahiran yang baik dan penternak dapat mengesan kehadiran biang, peratusannya akan meningkat. Â Jika anda mempunyai induk jantan yang berkualiti dan induk betina yang sedikit, apakah alasan anda untuk melakukan AI?
Kesimpulan, untuk kedua-dua teknik ini, anda tidak perlu diperdebatkan dengan lebih panjang lebar, kerana kedua-dua teknik ini mempunyai kelebihan dan kekurangan yang tersendiri. Namun segala keputusan terletak pada anda sendiri, kerana jika anda menternak, anda perlu mendapatkan hasil. Kerana penternakan adalah satu perniagaan. Sekarang tepuklah saku, tengok….. (anda sambung sendiri), buat pilihan.
Sumber rujukan:
1. Goat Reproduction Mating Systems, 2019, goats.extension.org
2. W. Ombelet and J. Van Robays, Artificial insemination history: hurdles and milestones, 2015, ncbi.nlm.nih.gov
3. Artificial Insemination done to a heifer.AVI, YouTube, Sharon Cheung.
4. Goats Mating, YouTube, vlogbrothers.