Jepun Harga Wagyu Jatuh

Jepun- Harga daging premium daripada lembu Wagyu telah mengalami penurunan disebabkan permintaan pasaran tempatan berkurangan. Pengguna tempatan mula memilih produk daging yang meletakkan harga mampu milik, kebanyakan adalah hasilan daripada produk daging lembu kacukan. 

Pada Disember yang lalu, harga borong yang dilaporkan adalah 2,319 Yen ($21.17) per Kilogram, menurun sebanyak 13.8 peratus jika dibandingkan dengan tahun sebelumnya, dan 4 peratus pada November lalu bagi grade A4.

Pengurus daging di sebuah pasaraya Tokyo melaporkan “masih ada daging Wagyu yang tidak terjual walau harga telah diturunkan”. Penternak lembu Wagyu juga berkata, adalah sangat luar biasa untuk harga daging lembu Wagyu jatuh pada bulan Disember.

Di Jepun, harga daging lembu Wagyu biasanya kekal tinggi pada bulan Disember, kerana pada ketika itu budaya masyarakat adalah makan sukiyaki – daging lembu, sayuran dan hidangan telur – bersama keluarga mereka pada akhir tahun dan cuti Tahun Baru.

Sumber rujukan asia.nikkei.com

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel