Perkembangan Empat Bahagian Perut Anak Lembu

Pada awal kelahiran anak lembu, saiz perut (terutamanya abomasum) dalam lingkungan 2 hingga 4 liter kapasiti saiz. Abomasum akan merembeskan enzim untuk mencerna susu bagi menukarkan unsur nutrisi kepada  tenaga dan juga protein, kesemua kitaran ini akan memberi impak kepada pembesaran anak lembu tersebut.

Bagaimana pun pada umur matang, perut itu akan berkembang dan kapasitinya akan meningkat sehinggalah kemampuanya 150 hingga 200 liter pada bahagian rumen sahaja, disitulah perkembangan micro-organisma pencernaan berkembang. Namun, bagaimanakah kita boleh tingkatkan perkembangan empat bahagian perut anak lembu ini dengan baik dan lebih cepat, supaya boleh memberikan hasil yang lebih lumayan.

Unsur yang paling utama adalah air

Lebih cepat anak lembu mula makan makanan yang pejal (seperti rumput ataupun konsentrat) lebih cepatlah perkembangan rumen akan berlaku (itu adalah hipotisis). Namun yang akan membantu perkara ini berlaku, adalah air. Dengan pengambilan bahan kering, anak lembu memerlukan air bagi memudahkan makanan tersebut dihantar ke bahagian perut. Sediakanlah air yang bersih, kerana suasana perut yang diberi air bersih akan membantu juga perkembangan micro organisma pencernaan.

Pemberian makanan pejal (terutamanya konsentrat)

Pemberian makanan pejal yang berkualiti juga akan membantu pembesaran ternakan apabila mereka memperolehi nutrisi yang baik. Micro organisma yang mula berkembang akan berfungsi dalam penghasilan asid perut melalui proses penapaian. Asid pencernaan ini akan diserap masuk melalui satu struktur kecil dalam perut yang diberi nama “papillae” berbentuk seperti jari. Pemberian makanan pejal seperti konsentrat kaya dengan nilai nutrisi yang baik perlu dihadkan, kerana boleh menyebabkan masalah cirit.

Pemberian makanan yang mengandungi fiber

Tidak kurang penting juga dengan unsur yang disebut sebelum ini. Haiwan jenis ruminan memakan fiber dengan lebih berkesan melalui bantuan beberapa jenis micro organisma. Pemberian makanan yang kaya dengan fiber ini akan membantu rumen membesar dengan lebih baik dan juga kekuatan pergerakan rumen (rumination) juga boleh diperkembangkan dari masa ke semasa. Untuk anak lembu, saiz 1 hingga 2 cm adalah memadai jika dicincang dengan 10-25% berat badan dalam pemberian rumput kering.

Gambar berikut memperlihatkan ilutrasi perkembangan perut anak lembu:

Sumber rujukan:
1. Davis CL, Drackley JK. 1998. The development, nutrition and management of the young calf. Iowa University State Press.
2. Calf rumen development – the key ingredients!, 2019, thevetgroup.com.au

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel