Bahan Bacaan Terbitan DVS

Sumber: dvs.gov.my

Untuk menjadi seorang penternak yang berdaya saing dan mampu berdiri sendiri, anda perlu menjalani satu proses yang dinamakan belajar. Pihak penternakdotmy sedaya upaya menyediakan infomasi yang bertepatan dengan budaya penternakan di Malaysia. Untuk itu dalam setiap penulisan kami mempunyai format yang tersusun. 

Kami mulakan dengan pendahuluan yang ringkas, seterusnya dengan pengisian kandungan beserta huraian, serta berakhir dengan rumusan keseluruhan isi kandungan. Sebelum berakhir sesuatu artikel, kami lampirkan bersama sumber rujukan (sebab pengetahuan bukan sahaja melalui pengalaman, ianya perlu melalui rekod), rujukan tersebut adalah bonus buat yang gemar membaca.

Antara sumber rujukan utama pihak kami adalah melalui Jabatan Perkhidmatan Veterinar (DVS), dan juga badan yang berkaitan. DVS telah menghasilkan banyak bahan pembacaan yang sarat dengan info teknikal untuk diaplikasikan oleh penternak. Melalui laman sesawang DVS, terdapat 71 buah bahan bacaan yang terdiri daripada:

21 buah buku, 
48 buah risalah dan 
2 buah laporan 
*(pada 2 Feb 2020).

Walaupun bahan bacaan tersebut adalah sarat dengan info teknikal, namun ianya adalah dalam bentuk ringkas dan mudah untuk difahami jika dibandingkan dengan pembacaan melalui kertas kajian yang dihasilkan oleh mana-mana badan yang menjalankan kajian. Yang menarik, kesemuanya adalah RM 0.00, tanpa bayaran. Untuk anda yang berminat dengan bahan bacaan tersebut, anda boleh layari laman sesawang DVS dan klik pada pautan penerbitan, ataupun klik disini (penerbitan DVS). 

Sumber rujukan:
1.Penerbitan dvs.gov.my

Baca juga artikel Enam Modal Yang Diperlukan Oleh Penternak

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *