
Masalah puru kebiasaan akan disalah anggap dengan masalah ketuat, kerana mempunyai tanda yang hampir sama. Puru atau dikenali sebagai Contagious Ecthyma (CE) terjadi disebabkan oleh jangkitan daripada virus Parapoxvirus daripada sub keluarga Chordopoxvirinae dan daripada keluarga Poxviridae.
Terdapat ketumbuhan atau bonjolan-bonjolan kecil timbul dikulit, terutamanya dibahagian mulut ternakan, kaki, mata dan mana-mana bahagian yang bersentuhan. Puru boleh merebak dengan kadar yang sangat pantas jika tidak ditangani secepat mungkin. Antara mekanisma jangkitan adalah melalui sentuhan dan juga pembawa seperti nyamuk. Masalah kulit yang timbul boleh menyebabkan ternakan kurang makan dan mula hilang selera makan.

Berdasarkan pemerhatian, ternakan akan mula letih, dan jika lebih teruk, Kawasan yang dijangkiti boleh dijangkiti kuman dan akan mula menanah. Jangkitan yang tidak ditangani dengan baik boleh menyebabkan kematian, sudah pasti satu kerugian yang besar buat ladang kecil.
Tempoh inkubasi virus ini boleh melalui tempoh antara 2 hingga 5 hari, dan diingatkan kepada para penternak, puru boleh menjangkiti anda kerana ianya dikelaskan sebagai penyakit zoonotik. Bagi menangani puru, anda boleh mengansingkan ternakan yang menunjukan tanda klinikal yang jelas, nyah kuman kawasan kandang, perhatikan ternakan yang dijangkiti untuk elak jangkitan kuman. Puru akan hilang jika sistem pertahanan ternakan kuat dalam tempoh satu minggu.

Baca juga artikel Tugasan Dan Fungsi Sel Darah Putih
Sumber rujukan:
1. Contagious Ecthyma, Center For Food Security And Public Health (CFSPH) and Institute For International Cooperation In Animal Biologics (IICAB), cfsph.iastate.edu