Demam Susu Pada Ternakan Anda

Sumber: youtube.com

Diterjemah daripada milk fever menjadi demam susu, jangan salah anggap dengan masalah mastitis, kerana masalah ini jauh berbeza. Milk fever, atau hypocalcaemia adalah masalah metabolisma yang terjadi disebabkan kekurangan calcium dalam badan untuk menghasilkan susu.

Masalah ini kebiasaannya terjadi pada ternakan yang baru melahirkan anak yang banyak, kondisi badan tahap 2.5 kebawah (terlalu kurus). Antara tanda yang boleh diperhatikan adalah ternakan kelihatan murun, keletihan, telinga sejuk, terbaring dan kaki kejang.

Keperluan calcium dalam badan amatlah penting, untuk pembesaran, pergerakan dan banyak lagi. Sudah pasti keperluan pada ternakan yang buting dan yang baru melahirkan anak adalah berbeza dengan ternakan membesar. Keperluan metabolisma badan untuk menghasilkan susu memerlukan calcium pada masa yang singkat, ini menyebabkan badan akan menyerap calcium dari mana sahaja, sehinggalah dari sistem pencernaan.

Keadaan ini akan menyebabkan pergerakan rumen mula berkurangan (anda boleh mendengar pergerakan rumen menggunakan stesthoscope), jika masalah ini terjadi pada awal kelahiran akan menyebabkan dystocia (sebab tak boleh menerang), metritis dan uri terlekat.

Masalah ini boleh diatasi dengan pengurusan pemakanan yang lebih baik, melihat kepada tahap produksi ternakan (pembesaran, bunting, dan induk). Merawat adalah dengan pemberian calcium beserta mineral sokongan lain, dan juga vitamin B (untuk meningkatkan selera makan ternakan), namun perancangan rawatan adalah bergantung dengan pemerhatian doktor veterinar bertauliah. Pemberian calcium gluconate melalui salur darah akan mempercepatkan lagi proses rawatan ini (dapatkan rawatan daripada doktor veterinar bertauliah).

Sebelum ini masalah metabolisma berkaitan dengan kebuntingan dan kelahiran adalah ketosis atau juga dikenali pregnancy toximia boleh berlaku pada ternakan diperingkat akhir kebuntingan, dan ada juga berlaku pada awal kelahiran (penyusuan), disebabkan oleh kekurangan glucose, lalu memaksa ternakan menghasilkan ketone bodies. Milk fever pula berlaku setelah kelahiran dan disebabkan kekurangan calcium.

Nota: Tidak lupa juga, mastitis berlainan dengan milk fever, sebab? Mastitis disebabkan oleh jangkitan kuman (terutamanya bakteria) milk fever pula disebabkan hypocalcaemia. Cara rawatan dan pencegahan juga berbeza.

Baca juga artikel Masalah Ketosis Pada Ternakan Lembu dan Masalah Kesihatan Ternakan Berkait Dengan Kekurangan Mineral

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel