Lima Teknik Untuk Identiti Ternakan Anda

Saya percaya sebagai seorang penternak, anda mengenali ternakan anda, raup wajahnya berlainan, suaranya juga lain dan berperwatakan lain-lain. Namun, adakah orang lain mengenali ternakan anda? Jika berlaku kecurian, ternakan anda terlepas, dan menyemak nasab keturunan ternakan akan menjadi sukar tanpa identiti yang direkodkan.

Berikut adalah 5 teknik untuk anda rekodkan identiti ternakan anda:

1. Tag telinga, telah menjadi kebiasaan, dan peralatannya mudah didapati. Ada yang diperbuat daripada besi dan juga plastik, pilih saja yang berkesesuaian dengan anda. Langkah memasang tag telinga perlu dilakukan dengan cermat supaya dapat mencegah daripada jangkitan kuman. Biasa dilihat pada ternakan lembu, kambing dan bebiri.

2. Tato, juga boleh dilakukan, dan ianya kekal dikawasan yang ditato. Kini pelaratan tato mudah didapati dan boleh DIY, namun jaga-jaga dengan perangai ternakan anda yang mula mengganas. Ianya melibatkan peralatan yang akan mencucuk lubang dan dakwat yang akan disuntik, kebiasaan dilakukan dikawasan telinga bahagian dalam. Banyak dilakukan pada ternakan arnab.

3. Nombor tag, mungkin ada penternak yang kesian melihat ternakan ditebuk telingan untuk diletakkan tag telinga, anda boleh letakkan nombor tag ditengkuk ternakan. Jika ditelinga pun mudah hilang, bagaimana agaknya ditengkuk? Jadi cari bahan yang lebih kukuh untuk diletakkan sebagai pengenalan. Biasa dilakukan pada ternakan, ayam, lembu, kambing dan bebiri.

4. Branding, bagaimana ia dilakukan? Ada freeze branding, ada heat branding, tag kekal tuan-puan, tak hilang. Freeze branding dilakukan menggunakan liquid nitrogen yang sejuk lalu diletakkan dikawasan kulit yang mudah dilihat, biasanya dibahagian pinggul. Keadaan yang sangat sejuk menyebabkan kulit melecur dan meninggalkan parut acuan identiti. Begitu juga heat branding, namun ternakan anda akan sakit (biasa tengok movie seksa orang, pakai besi panas? macam tu la heat branding). Biasa dilakukan pada kuda.

5. Parut telinga atau ear notching (tak tahu istilah yang sesuai), teknik ini perlu dilakukan seawal mungkin kelahiran ternakan. Apa yang perlu anda lakukan adalah dengan memotong sedikit telinga untuk dijadikan tanda identiti, biasanya dalam bentuk “V”. Keburukan tak banyak, Nampak buruk tidak kosmetik, kebaikannya kekal hingga akhir hayat ternakan (kecuali telingan dipotong habis). Biasa dilakukan pada ternakan babi.

Sumber: starnfc.com

Lima saja? Ada lagi yang lain, keenam iaitu dengan meletakkan RFID Chip, bersaiz sekecil 7mm, biasanya diletak pada ternakan yang bernilai. Dengan menggunakan chip ini, kita boleh menyambungkan ternakan dengan internet, IoT, pemantauan lokasi dan pergerakan dapat dilakukan dengan lebih tepat dan pada masa sebenar (real time). Anda penternak yang mempunyai ternakan yang banyak? dan selalu travel? mungkin banyak bagi pawah kepada orang lain? ini salah satu penyelesaian. keburukan? sedikit mahal, dan ada kemungkinan boleh rosak.

Letaklah identifikasi pada ternakan anda banyak masalah dapat diselesaikan. Tidak lupa juga, rekod identiti ternakan anda.

Sumber rujukan:
1. 5 Methods of Identifying Farm Animals by Akinbobola A., livestocking.net

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel