Ketosis adalah masalah biasa yang terjadi pada lembu matang. Kebiasaannya masalah ini terjadi pada lembu bunting akhir dan yang menyusu anak pada awal kelahiran, ternakan akan kelihatan tiada selera makan dan depresi/ murung. Keadaan ini agak membimbangkan dan perlu tindakan rawatan awal dilakukan.
Tanda lain yang akan dilihat adalah seperti, terdapat masalah saraf, pica, agresif, demam (suhu badan meningkat, pengeluaran susu menurun dan langkah tidak seimbang. Kebanyakan masalah ini didapati terjadi pada ternakan yang mempunyai produksi yang tinggi, terutamanya lembu tenusu. Ketosis adalah masalah metabolisma badan yang tidak seimbang.
Penghasilan susu memerlukan tenaga yang banyak, lalu permintaan glucose yang tinggi diperlukan oleh badan ternakan. Keadaan ini juga boleh menyebabkan sel lemak dicerna bagi menghasilkan tenaga. Namun keadaan ini lebih merumitkan apabila nutrisi makan yang dibekalkan tidak memadai dengan masa bagi menukarkan nutrisi kepada tenaga. Kebiasaan anak ternakan selepas 4 minggu hingga 6 minggu selepas kelahiran, memerlukan susu yang banyak.
Rawatan ringkas boleh dilakukan dengan memberi makanan yang mempunyai sumber glucose yang tinggi, ataupun dengan memberi cecair dextrose secara oral ataupun salur darah (dapatkah perkhidmatan veterinar bertauliah yang terdekat).
Pencegahan masalah metabolisma badan boleh dilakukan dengan lebih awal melalui pengurusan pemakanan. Masalah lemak badan (kondisi badan tahap 5) yang tinggi perlu dikurangkan, pemilihan induk betina yang memiliki kondisi badan tahap 3 dalam pembiakan amat digalakkan. Kehadiran lemak yang banyak akan digunakan bagi penghasilan tenaga untuk badan ternakan. Pemberian makanan tambahan seperti vitamin dan juga mineral juga membantu bagi menangani masalah ketosis.
Baca juga artikel Masalah Kesihatan Ternakan Berkait Dengan Kekurangan Mineral dan Penilaian Kondisi Badan Ternakan
Sumber rujukan:
- Overview of ketosis in cattle, Thomas H. Herdt, DVM, MS, DACVN, DACVIM, Department of Large Animal Clinical Sciences and Diagnostic Center for Population and Animal Health, Michigan State University, msdvetmanual.com.
- Lipids and Ketones, Michael L. Bruss, in Clinical Biochemistry of Domestic Animals (Sixth Edition), 2008, sciencedirect.com.