VikingGenetics Menyediakan Ujian Genom Betina

Syarikat ini menjanjikan penternak tenusu di United Kingdom (UK) sebagai pengeluar susu berkualiti dan terbanyak di dunia. Perkhidmatan yang ditawarkan oleh mereka tidak hanya meliputi penilaian produksi ternakan dara sahaja, namun mereka menilai mutu genetik yang kini telah dikenal pasti sebanyak 40 jenis ciri-ciri lembu tenusu betina yang dikehendaki, seperti kesihatan kuku dan juga kesihatan secara keseluruhan.

Ujian genomik ini bukan sahaja berfungsi untuk menilai produksi tenakan dara, namun membantu penternak untuk memahami dan menilai induk dara yang mahu dibeli, untuk diinseminasikan dengan benih jantina, disimpan sebagai pembaka, atau dijadikan sebagai pedaging. Mereka melakukan penilaian ini melalui Nordic Total Merit (NTM). Dengan adanya perkhidmatan ini, industri tenusu di UK mampu berkembang dengan lebih pesat lagi.

Sumber rujukan: VikingGenetics

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel