Air juga memainkan peranan penting dalam mengekalkan keadaan ternakan supaya berada dalam keadaan normal. Terdapat banyak faktor yang menentukan keperluan sebenar air bagi setiap ternakan. Lembu matang mampu minum air sebanyak 10 hingga 30 liter sehari, dan ini bergantung juga kepada cuaca dan lain-lain faktor.
Di antara faktor lain yang menentukan keperluan air ialah berat badan ternakan, cuaca dan jumlah bahan kering dimakan. Setiap 1 liter susu dihasilkan, memerlukan 5 liter air untuk diminum oleh lembu tenusu. Jadual berikut memberikan gambaran am keperluan air bagi ternakan setiap hari:
Melalui air juga, kita oleh memberi ubat dan juga makanan tambahan terutamanya mineral, boleh letak garam dalam air minuman ternakan anda. Diingatkan buat para penternak untuk merujuk arahan pengeluar ubatan dan juga saranan daripada doktor veterinar bertauliyah. Air ini adalah sumber kehidupan, jagalah kebajikan ternakan anda dengan menyediakan bekalan air yang cukup, bersih dan selamat, ini adalah tanggungjawap anda sebagai penternak.
Sumber rujukan:
1. Kandungan Nutrien Bahan Makanan Ternakan Di Malaysia Dan Panduan Pemberian Makanan Untuk Lembu Dan Kambing Edisi 2, Jabatan Perkhidmatan Veterinar Malaysia, 2005, dvs.gov.my
2. Water Requirements for Beef Cattle, Rick J. Rasby, Beef Specialist and Troy M. Walz, Extension Educator, 2011, extensionpublications.unl.edu
3. agfundernews.com