
Pencegahan dan kawalan adalah dua tindakan perlu dibuat oleh kita ketika menghadapi penularan penyakit pada ternakan. Sebelum itu, perlu difahami mengapa dan bagaimana penyakit boleh tular dan merebak. Kenali faktor pathogen, agen yang menyebabkan panyakit timbut seperti bakteria, fungus, virus dan lain-lagi, Kenali juga tanda-tanda tidak normal ternakan anda, kenali juga jenis penyakit yang disyaki, kenali juga faktor- faktor lain yang kebiasaan memberi kesan yang ketara terhadap tahap kesihatan ternakan.
Jadi, penularan penyakit perlu ditangani dengan bijak (setelah memahami faktor-faktor) dan pantas (yang berkesan dan mengurangkan kerugian). Pencegahan adalah tindakan awal yang sepatutnya dilakukan. “Sudah terjatuh baru nak terngadah” perkara biasa yang diamalkan, sebab memang tidak rasa dan tidak mengalami lagi kerugian yang dihadapi apabila penyakit terjadi.
Pencegahan perlu dilakukan sebelum penyakit menyerang, ianya boleh dilakukan dengan membina ladang dengan berciri-cirikan bio (kehidupan)-security (yang selamat), menjalankan aktiviti pemerhatian dan kesihatan gerompok, menjaga keperluan ternakan, pemberian vaksin, dan pelbagai lagi langkah pencegahan lain boleh dibuat.
Kawalan juga perlu dilakukan sekiranya penyakit telah menyerang dan menular, setelah mengenal pasti faktor yang menyebabkan penyakit terjadi, rawatan perlu dilakukan. Dapatkan khidmat nasihat daripada sumber yang dipercayai, asingkan ternakan, perketat pergerakan keluar masuk ke ladang (ini diperingkat ladang), bayangkan jika terjadi di peringkat negeri, dan peringkat negara.
Pergerakan perlu diperketatkan, maka wujud mekanisasi pergerakan dengan permohonan pergerakan ternakan (jika satu negara bebas penyakit maka tidak perlu permohonan ini). Singkirkan ternakan yang tidak berpotensi, laporkan kejadian ini kepada pihak berkuasa supaya penyakit tidak merebak kepada ladang-ladang lain dan lain-lain negeri (rujuk senarai penyakit wajib lapor yang diterbitkan oleh DVS dan OIE).
Melalui pelaporan ini, penyiasatan dapat dilakukan bagi menghapus penularan penyakit dengan lebih berkesan. Kejayaan negara kita mengangani penyakit bawaan haiwan seperti HPAI, NIPAH dan Rabies perlu dijadikan peringatan dan pengajaran, kerana banyak kos yang terlibat dan ada yang terkorban.
Sumber rujukan:
1. PUSAT MAKLUMAT PENYAKIT HAIWAN (ANIMAL DISEASE INFORMATION CENTRE (ADIC)), 2011, dvs.gov.my
2. OIE-Listed diseases, infections and infestations in force in 2020, oie.int