
Masalah ternakan yang tidak boleh kencing adalah masalah yang merisaukan, dan memberi tekanan kepada penternak. Ttindakan segera perlu dilakukan bagi mengelakkan kerugian berlaku. Jika diteliti dengan lebih dekat, masalah ini perlu diklasifikasikan kepada dua, saluran urinar atas atau pun saluran urinar bawah. Masalah ini kebiasaannya terjadi pada induk pejantan, disebabkan struktur saluran urinar sempit dan berliku.
Saluran urinar melibatkan ginjal, ureters, kantung kencing, dan urethra. Mana-mana bahagian yang tersumbat akan menghalang air kencing keluar melalui urethra. Uroliths adalah benda yang biasa menyebabkan saluran urinar tersumbat. Bagaimana uroliths (juga dikenali sebagai “urinary stones” ataupun “calculi”) boleh terhasil?
Uroliths terhasil daripada terkumpulnya bahan mucus (cecair pekat), protein, juga mineral, kesemuanya mengeras dan membentuk objek yang mampu menyekat laluan air kencing. Terdapat pelbagai jenis uroliths pernah ditemui berdasarkan bahan yang terkumpul, antaranya; calcium oxalate, calcium phosphate, uric acid, struvite dan cyctine.
Sumber rujukan:
1. Urolithiasis in Small Ruminants acvs.org
2. Urolithiasis in small ruminants (Proceedings) Dusty W. Nagy, DVM, PhD, DACVIM. 2009. dvm360.com