Pemantauan Prestasi Pembiakan Pejantan

Pejantan merupakan aset hidup yang sangat bernilai bagi penternak dalam memastikan prestasi ladang pada tahap yang diingini. Pemantauan prestasi pembiakan pejantan ladangan perlu dilakukan bagi memastikan hasil ladang adalah berkualiti.

Persoalannya bagaimana pemantauan prestasi pejantan ladang perlu dilakukan? Adakah dengan melihat fizikal pejantan sahaja? Terdapat 4 komponen yang boleh diperiksa dalam pemantauan prestasi pembiakan pejantan:

1. Status kesihatan dan asal usul pejantan.
2. Pemeriksaan fizikal.
3. Pengumpulan dan pemeriksaan semen.
4. Daya rangsangan (LIBIDO).

Empat komponen ini akan memberi pandangan terhadap penilaian yang detail berkenaan potensi pejantan yang ingin digunakan, yang mahu dibeli untuk dijadikan pengganti, dan pemilihan pejantan yang perlu disingkirkan. Setiap pemantauan perlu direkodkan dan disimpan untuk penilaian pada masa akan datang.

Contoh Borang Pemantauan Pejantan

Sumber Rujukan:
1.msdvetmanual.com
2.gpvec.unl.edu

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *