Punca Uroliths Dan Langkah Pencegahan

Pendahuluan

Sepertimana artikel sebelum ini menyatakan uroliths terhasil apabila terkumpulnya bahan mucus (cecair pekat), protein, juga mineral, kesemuanya mengeras dan membentuk objek yang mampu menyekat laluan air kencing. Terdapat pelbagai jenis uroliths pernah ditemui berdasarkan bahan yang terkumpul, antaranya; calcium oxalate, calcium phosphate, uric acid, struvite dan cyctine.

Faktor mineral yang tidak seimbang dalam bahan makanan ternakan adalah faktor utama uroliths terhasil, namun jangkitan kuman pada bahagian saluran urinar juga menyumbang. Ketidakseimbangan mineral menyebabkan gangguan fisiologi dan metabolisma badan ternakan.

Tanda awal:

  • Air kencing berdarah
  • Air kencing berwarna
  • Air kencing makin berkurang
  • Tempoh kecing semakin lama
  • Ternakan menghentak kaki pada bahagian perut
  • Resah kesakitan

Tanda lewat:

  • Tiada selera makan
  • Lemah
  • Bahagian perut mengembang
  • Bengkak bahagian prepuce

Peringatan: Ternakan yang sakit, terbaring dan tidak bangun akan kejang berkemungkinan boleh mati.

Tindakan awal yang boleh dibuat oleh penternak adalah menghubungi doktor veterinar bertauliah yang berdekatan. Pemeriksaan fizikal akan dilakukan terutamanya pada bahagian luar saluran urinar bagi mengesan masalah kehadiran uriliths. Sudah tentu lain jenis uroliths lain juga rawatannya. Rawatan awal melalui ubatan boleh dibuat jika masalah ini dikesan dengan lebih awal, namun jika tanda lewat telah didapati maka pembedahan adalah tindakan yang lebih berkesan. Langkah pencegahan boleh dilakukan dengan mengawal pemberian makanan yang mengandungi mineral tidak seimbang (terutamanya pemberian konsentrat).

Kesimpulan

Saluran urinar yang tersumbat adalah masalah yang boleh diatasi melalui penjagaan pemakanan ternakan, dan pemerhatian terhadap pejantan perlu dilaksanakan dengan lebih kerap. Hadkan pemberian konsentrat, lebihkan pemberian bahan makanan hijauan. Elakkan kerugian, tingkatkan penghasilan ladang ternakan anda.

Sumber rujukan:
1.  Urolithiasis in Small Ruminants acvs.org
2. Urolithiasis in small ruminants (Proceedings) Dusty W. Nagy, DVM, PhD, DACVIM. 2009. dvm360.com

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel