Apabila kita menjalankan pemeriksaan kesihatan terhadap ternakan (sebagai runtin atau ketika melakukan pembelian) terdapat enam nod limfa (lymph node) yang perlu diberi perhatian secara serius. Nod limfa adalah sebahagian daripada sistem pertahanan badan, ianya mengandungi lymphocyte (sila baca artikel Jenis Sel Darah Putih) untuk menghalang dan menghapuskan sebarang pathogen yang menyerang ternakan.
Antara penyakit yang kerap dikaitan dengan nod limfa adalah Caseous lymphadenitis (CLA). Jangkitan pathogen yang ditangani nod limfa boleh menghasilkan nanah yang mengandungi pelbagai lagi sel mati. Nod limfa boleh dikesan dengan mudah melalui cara menyentuh beberapa bahagian badan ternakan. Berikut adalah senarai nama nod limfa utama pada lembu;
1.Parotid
2. Submandibular
3. Retropharyngeal
4. Prescapular
5. Prefemoral
6. Supramammary
Nota: rujuk gambar untuk lokasi setiap nod limfa.
Enam nod limfa ini perlu diperhatikan terutamanya apabila ternakan demam. Antara ciri-ciri abnormal nod limfa adalah bengkak, suhu meningkat (suam), keluar nanah dan lain-lain lagi. Tindakan awal boleh diambil bagi mengelakkan sebarang kerugian.
Sumber rujukan:
1. Anatomy and Physiology of Animals/Lymphatic System wikibooks.org
2. Lymph Nodes Paul E. WakelyJr., Edmund S. Cibas, in Cytology (Third Edition), 2009 sciencedirect.com