Pica Masalah Selera Ternakan

Pica adalah sejenis penyakit yang berkait dengan pemakanan ternakan, masalah ini boleh menyebabkan selera ternakan tidak menentu. Punca utamanya adalah disebabkan kekurangan mineral (salah satunya adalah phosphorus serta lain-lain mineral) dan juga melibatkan kurangnya fiber sebagai bahan makanan. Ternakan yang mengalami masalah ini kebiasaan akan sentiasa lapar, makan apa saja bahan yang tidak boleh dimakan seperti kayu, plastik dan lain-lain. Ketidakstabilan mineral phosphorus dan calcium 1:2 menyebabkan masalah ini terjadi, dan akan produktiviti ternakan akan jatuh.

Pelbagai sebab yang membolehkan ketidakstabilan mineral ini terjadi, selain faktor bahan makanan yang tidak berkualiti, masalah parasit juga akan memberi kesan yang sama. Untuk mengatasi masalah ini, para penternak boleh memberi garam jilat kepada ternakan, memberi vitamin dan juga bahan makanan utama adalah daripada hijauan. Program kawalan parasit perlu dilakukan secara berkala melalui kesihatan gerompok. Dengan mengurus pemakanan ternakan dengan baik, pengawalan parasit yang berkesan, produktiviti ternakan juga akan meningkat.

Sumber rujukan:
1. Some Studies on Deviated Appetite (Pica) in Cattle Ibrahim I. Elshahawy1 and Mahmoud A. Aly2, 2016, researchgate.net

Respons Anda

Pihak penternakdotmy berbesar hati dan terbuka jika terdapat teguran serta pandangan bagi setiap artikel yang hasilkan oleh penternakdotmy. Sebarang cadangan penambahbaikkan boleh dihantar melalui borang ini:

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *