Terdapat 8 sistem yang boleh dikelaskan pada ternakan, dengan memahami fungsi dan organ yang terlibat dalam sistem ini, kita akan lebih peka dengan punca masalah yang dihadapi oleh ternakan, seterusnya kita mampu memahami tindakan yang perlu dibuat dan juga jenis ubatan yang akan diberikan kepada ternakan.Â
Berikut adalah senarai (nama sistem dikekalkan dalam bahasa yang dirujuk) dan sedikit penjelasan berkaitan dengan sistem tersebut:
Sistem ini melibatkan daging (otot) dan juga tulang. Tulang yang membentuk kerangka memberi sokongan pada bentuk tubuh badan ternakan. Terdapat struktur lain yang dipanggil ligaments, dan cartilage yang menyambung tulang dan daging (otot).
Digestive system (sistem penghadaman) melibatkan gigi, mulut, oesophagus, perut, hati, usus, pancreas dan rectum. Sistem penghadaman akan berfungsi untuk pembesaran ternakan. Bahagian mulut dan gigi diperlukan untuk menghancurkan makanan, dan lain-lain akan melibatkan penyerapan nutrisi makanan.
Melibatkan organ jantung dan juga salur darah yang meliputi seluruh tubuh ternakan. Aliran darah akan dipandu oleh jantung, dan tenaga serta unsur lain akan disebarkan oleh darah melalui salur darah.
Sistem penafasan yang akan memberi bekalan oksigen kepada badan melalui organ paru-paru dan juga rongga penafasan lain seperti hidung. Terdapat banyak lagi struktur yang terlibat dalam sistem penafasan ini.
Organ yang terlibat adalah buah pinggang dan saluran pembuangan, yang bermula dengan Ureter, Urinary bladder, Urethra, dan salur darah. Air kencing atau urine yang dihasilkan akan ditapis oleh buah pinggang dan dibuang melalui saluran air kencing yang terlibat.
Sistem saraf melibatkan otak, spinal cord dan urat saraf sebagai organ utama, akan membantu pergerakan dan juga menyalirkan info dam tindak balas badan. Penglihatan, rasa, pendengaran, sakit dan sebagainya akan melibatkan sistem saraf.
Sistem peranakan yang akan membezakan jantina ternakan. Banyak melibatkan hormon dan bahan kimia yang lain. Tahap kematangan ternakan, dan penghasilan bergantung kepada keadaan organ yang terlibat dalam sistem ini.
Lymphatic sistem yang membawa cecair yang tidak berwarna, ianya akan melalui kelenjar lymph (lymph node) dan juga memasuki sistem saluran darah. Sistem ini penting bagi mengawal organisma yang akan mengancam kestabilan kesihatan ternakan.
Kelapan-lapan sistem ini yang akan membentuk tubuh badan ternakan, dan setiap sistem akan mempunyai fungsi yang tersendiri. Namun ada lagi sistem lain yang dikelaskan, selain yang disenaraikan didalam artikel ini, pada masa akan datang pihak penternakdotmy akan menerangkan fungsi dan organ yang terlibat dengan lebih terperinci bagi setiap sistem.
Sumber rujukan:
1. fao.org
2. thoughtco.com