Masalah Uri Ternakan Terlekat

Retained placenta atau dalam bahasa mudah “uri terlekat” keadaan yang berlaku selepas kelahiran dan telah melebihi 12 jam kelahiran (lain ternakan mempunyai tempoh yang berbeza), uri masih belum keluar. Masalah ini jarang berlaku dan kebiasaan ianya menandakan keadaan ternakan mengalami kekurangan mineral selenium dalam badan (masalah pemakanan), kelahiran anak yang telah mati, atau pun mungkin berlaku komplikasi lain ketika kelahiran.

Untuk merawat masalah ini, bagi penternak yang telah berpengalaman, boleh tarik uri yang terlekat secara perlahan-lahan (pada lembu kebiasaan akan diikat sabut atau botol), namun jika penternak bimbang, penternakperlu dapatkan perkhidmatan doktor veterinar bertauliah yang terdekat bagi melakukan rawatan susulan dengan suntikan hormon, doktor veterinar bertauliah juga akan melakukan diagnosis lanjut terhadap ternakan.

Diagnosis lanjut perlu dilakukan bagi melihat tanda awal kepada masalah seterusnya seperti metritis (jangkitan pada bahagian organ peranakan), jika keadaan ini berlaku, ternakan perlu diberikan antibiotik. Masalah metritis yang dihadapi boleh membawa kepada masalah endometritis kronik yang mana akan menyebabkan ternakan sukar untuk bunting pada masa akan datang. Jika masalah jangkitan kuman (terutamanya bakteria) berlarutan, ianya boleh menyebabkan kematian kepada ternakan, dan ini akan merugikan ladang.

Kesimpulan, masalah uri terlekat berkemungkinan besar adalah disebabkan oleh masalah pemakanan, jika sesebuah ladang tidak melaksanakan program pemerhatian (kesihatan gerompok), masalah ini tidak diketahui dan akan menyebabkan ladang kurang produktif seterusnya mengalami kerugian.

Nota: Faktor kepada masalah uri terlekat berkemungkinan berlainan, dapatkan pandangan dan khidmat nasihat daripada doktor veterinar bertauliyah yang berdekatan.

Sumber rujukan:
1.  msdvetmanual.com  
2.   texadus.com

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel