Sebelum ini pihak penternakdotmy telah memuat naik artikel berkaitan agrobazaar.com.my sebuah kedai atas talian, dan kali ini mari kita berkenalan dengan mjfatonah.com yang mempunyai fungsi yang seakan-akan sama namun ianya berbeza.
Umum kita mengenali mj fatonah sebagai sebuah syarikat yang giat menjalankan aktiviti pembangunan usahawan. Mereka menawarkan khidmat nasihat dan juga menjalankan kursus yang berkaitan dengan penternakan dan pemasaran. Beroperasi di Kuala Selangor, mereka mempunyai fasiliti lengkap untuk membuat latihan teori dan juga amali, lengkap dengan tempat tinggal, dewan kuliah, ladang dan tempat memproses makanan ternakan.
Sumber: mjfatonah.com
Kini pihak mj fatonah telah mengambil inisiatif dengan membangunkan sebuah laman sesawang mjfatonah.com. Laman ini mempunyai fungsi kedai atas talian, dengan menawarkan 7 kategori asas iaitu, ticket, tanaman, ternakan, perikanan, asas tani, agro pelancongan dan juga perkhidmatan. Kini sudah terkumpul 53 jenis produk daripada usahawan yang menjadi penjual di laman tersebut.
Sumber: mjfatonah.com
Selain menyediakan platform perniagaan, terdapat juga fungsi blog yang dibina. Fungsi tersebut boleh dimanfaatkan oleh penternak untuk mendapatkan info berkaitan dengan pertanian. Kini mjfatonah telah melangkah setapak mengikut arus revolusi industri 4.0 (IR4.0) dengan menyediakan perkhidmatan ini. Semoga perkembangan yang baik ini disambut dengan meriah oleh para penternak. Bagi yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut berkenaan perkhidmatan yang bakal ditawarkan oleh pihak mj fatonah, anda boleh layari laman sesawang mjfatonah.com dengan segera.
Penafian: Pihak penternak.my tidak mempunyai dan memperolehi apa-apa kepentingan dengan mjfatonah.com. Sebarang terma dan syarat yang terlibat perlu dirujuk kepada pihak pembangun mjfatonah.com. Artikel ini adalah bertujuan untuk memberi pendedahan dan peluang kepada para penternak, semoga bermanfaat.
Sumber rujukan:
1. mjfatonah.com