Berniaga Di agrobazaar.com.my

Seiring dengan peredaran zaman, revolusi industri 4.0 (IR 4.0) mula berlabuh ke Malaysia. Jika dulu produk pertanian, penternakan, perikanan hanya boleh dijumpai di pasar, kini sudah boleh didapati melalui laman sesawang, agrobazaar.com.my.

Platform ini telah dilancarkan pada 11 Disember 2014, ianya dimiliki oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA) dan diuruskan oleh FAMA. Agrobazaar.com.my telah menyediakan pasaran baru kepada produk pertanian dan memudahkan pengguna untuk mendapatkan produk yang diingini.

Terdapat enam (6) kategori produk yang diketengahkan iaitu, Tanaman, Ternakan, Perikanan, Industri Asas Tani, Pelancongan dan juga Perkhidmatan. Pengguna boleh membuat pembayaran secara atas talian untuk memiliki produk, selain itu boleh dimanfaatkan juga sebagai direktori pengeluar. Mungkin anda telah biasa dengan laman pembelian atas talian seperti Lazada, shoppy dan lain-lain lagi, kini para pengeluar produk IAT boleh berniaga atas talian juga.

Untuk tahu lebih lanjut, layari agrobazaar.com.my. Buat penternak, jangan lepaskan peluang untuk berniaga diplatfom ini. Selain dilaman sesawang, pengguna juga boleh dapatkan aplikasi mudah alih Agrobazaar Online di google play, klik di sini.

Sumber rujukan:
1. agrobazaar.com.my
2. play.google.com

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel