Program UPSUS SIWAB

Melihat kejayaan negara jiran kita Indonesia meningkatkan populasi ternakan terutamanya ruminan dengan menjalankan program UPSUS SIWAB. Upaya Khusus Sapi Indukan Wajib Bunting (UPSUS SIWAB) merupakan program Kementerian Pertanian yang dimulakan pada 3 Oktober 2016, ianya disambut baik oleh para penternak, peneraju industri dan ramai pihak lagi.

Program ini menerapkan beberapa elemen, antaranya:

  • UPSUS SIWAB dijalankan bagi meningkatkan populasi ternakan ruminan besar bagi memenuhi keperluan negeri.
  • Memperbanyakan lagi aktiviti integrasi ruminan terutamanya lembu dan kerbau untuk jangka masa panjang.
  • Mengkalsifikasikan dan memilih induk betina yang sihat dan mempunyai struktur reproduksi yang normal.

Program ini dijalankan dengan target pada tahun 2026, Indonesia akan mempunyai bekalan daging yang mencukupi untuk dinikmati oleh rakyat. Oleh itu, mereka memaksimakan penggunaan induk betina yang berpotensi untuk dibuntingkan.

Antara aktiviti yang dijalankan bagi menjayakan program ini, pemeriksaan status reproduksi, mengenal pasti masalah reproduksi, menggalakkan pengamalan inseminasi buatan (Artificial insemination) yang professional, inseminasi semulajadi, memaksimakan hasil hijauan untuk pemakanan ternakan dan juga pemberian konsentrat. Hasilnya pada 2017 yang lalu, mereka telah mencapai kebuntingan 3 juta ekor lembu/kerbau.

Hasil kejayaan mereka kali ini, perlu kita jadikan sebagai pemangkin untuk kita majukan lagi industri ini.

Sumber Rujukan:

  1. Sosialosasi Upaya Khusus Sapi Indukan Wajib Bunting (UPSUS SIWAB) Tahun 2017
  2. Populasi Sapi Indonesia Meningkat, Malaysia Ingin Belajar
  3. Pedoman pelaksanaan UPSUS SIWAB

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel