Seringkali kita sebagai pengguna mencari-cari usahawan ataupun syarikat yang mengeluarkan produk-produk tertantu. Pihak mardi telah menerbitkan aplikasi MARDI Direktori Usahawan bagi usahawan berdaftar dengan pihak MARDI. Aplikasi ini mengandungi maklumat seperti berikut:
- Nama syarikat,
- Nama usahawan,
- Kategori usahawan,
- Jenis produk,
- Maklumat perhubungan dan lokasi
Dengan adanya aplikasi ini, ianya memudahkan pelajar yang mencari tempat Latihan Industri, pengguna yang mencari pengeluar produk dan membuka pasaran pengeluaran dengan lebih luas kepada pengeluar. Diharap ramai lagi pengeluar yang menggunakan teknologi yang telah disediakan oleh pihak MARDI dan begitu juga pengguna.
Aplikasi ini telah diterbitkan oleh MARDI pada 12 April 2016 dan kini telah dipasang oleh 1,000+ pengguna. Memerlukan sistem operasi android 4.0 ke atas. Boleh muat turun aplikasi ini di sini secara percuma. Pengguna perlu mendaftar telebih dahulu sebelum menikmati fungsi aplikasi ini.
Nota: aplikasi ini dibangunkan oleh pihak MARDI, sebarang pertanyaan berkaitan aplikasi ini boleh ditujukan kepada mardi.apps@gmail.com
Sumber rujukan:
1. play.google.com
2. MARDI