Domba Garut Bebiri Yang Cantik

Sumber: jendralgroup.blogspot.com

Penternakan Domba Garut mula diusahakan oleh masyarakat Kabupaten Garut di Kepulauan Jawa Barat, Indonesia. Usaha ini dilakukan bagi meningkatkan ekonomi masyarakat dan juga dijadikan sebagai hobi. Baka bebiri ini adalah hasil daripada kacukan bebiri tempatan, bebiri Merino dan bebiri Damara. Yang menarik pada Domba Garut adalah pada bentuk badan yang gagah dan nampak sempurna. Pada asalnya Domba Garut dipertandingkan pada kategori laga dan terus berkembang menjadi pertandingan bebiri cantik.

Bebiri ini dikelaskan kepada 3 kelas melalui berat badan, seperti berikut:

  • Kelas A: 60-80 kg
  • Kelas B: 40-59 kg
  • Kelas C: 25-39 kg
Sumber: ternakalawwaliyah.wordpress.com

Usaha yang memakan masa selama hampir +-70 tahun  untuk menghasilkan baka ini telah menghasilkan bebiri ini (kacukan telah bermula pada pertengahan abad 19 lagi,+-1854). Domba Garut bercirikan penghasilan daging yang baik (40-80 Kg), tubuh badan yang tegap padat, bulu kasar panjang, tanduk panjang melikar ke belakang, sedikit agresif, mata kecil, dan betina tiada tanduk. Aktiviti kacukan ini dimulakan dengan pemilihan induk betina yang berkualiti, kemudian penjantan yang mempunyai profile yang baik.

Di Pantai Timur terkenal dengan “Bebiri Jangok”, semoga mencapai kejayaan seperti Domba Garut.

Sumber rujukan:
1. jendralgroup.blogspot.com
2. garutkab.go.id
3. greeners.co
4. kompas.tv

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel