
Bila berlaku kes kematian ternakan boleh jadi ada yang terus tanam tanpa buat bedah siasat. Bagi saya tidak boleh begitu, sebabnya kita mahu tahu apa punca sebenar kematian.
Untuk tahu punca sebenar kematian ada banyak info yang perlu dikumpulkan terlebih dahulu, antaranya;
1. Maklumat ringkas berkenaan ladang -populasi,
-sejarah penyakit,
-berkenaan aktiviti kesihatan lain.
2. Maklumat ternakan;
-nama,
-no tag,
-umur,
-jantina,
-berat
-dan lain-lain lagi.
3. Tanda klinikal
4. Interasi ternakan
5. Keadaan fizikal ternakan ketika sakit
6. Sejarah rawatan
Dengan maklumat asas ini kita boleh padankan juga dengan keadaan postmortem yang dijumpai, keadaan organ, dan juga tisu yang berkaitan.
Jika boleh, kutip sample yang disyaki bermasalah dan berkait dengan sebab kematian.
Setelah itu barulah boleh kita rangka apa mekanisma yang telah terjadi sehinggalah menyebabkan ternakan mati.
Tidak lupa juga tentang senarai penyakit yang hampir sama juga kena ada.
Dah kenapa beria sangat nak buat semua ni? Sebab kita kena tengok dan sebar apa masalah sebenar, kita muhasabah diri kita, dan perlunya kita mengakui kesilapan yang terjadi.
Lalu berdamailah dengan diri kita sendiri, jangan buat silap lagi, elakkan sebaik mungkin supaya tak berulang lagi.
Selain itu, dengan penemuan dalam proses mencari sebab kematian ini, kita kena rekod dan nanti kita akan nampak pattern apa dan bagaimana.
Jika tuan puan boleh dapat data ini, anda akan jadi seorang penternak yang professional dan juga ladang yang boleh dipercayai.
Selamat muhasabah diri.