
Di mana bahan rujukan penternakan yang boleh dipercayai? Ada banyak, sebab itu membaca perlu dibuat setiap hari, tidak kiralah bahan bacaan itu ringkas ataupun berat, baca.
Baru-baru ini pihak ”mla”, ataupun nama penuhnya Meat and Livestock Australia, telah pun menerbitkan panduan berkaitan dengan penternakan kambing (dan ada juga bahagian biri-biri), sangat teliti dan terperinci, kalau nak gunakan sebagai SOP ladang masing-masing pun dah memadai, ada 12 modul yang mereka terbitkan, antaranya:
Module 1 – Property planning
Baca ini kalau tuan/puan nak tentukan hala tuju aktiviti penternakan nak ke mana, nantikan sesat tak tentu hala, buang masa dan duit, malah ada yang putus asa sebab tak menguntungkan.
Muat turun disini:
Module 2 – Financial analysis
Pengurusan kewangan mana boleh kita buat main-main, tuan/puan boleh baca ini supaya tuan/puan memahami aliran kewangan penternakan, jangan la letak sama macam jual kain, ini benda bernyawa, membiak dan juga mati….kira duit ni sedap kalau duit sendiri la.
Muat turun disini:
https://www.mla.com.au/…/ext…/gig-financial-analysis.pdf
Module 3 – Industry obligations
Apa-apa pun mesti ada undang-undang dan aturan, kalau tak ada apa yang jadi? Bebas? Tak jugak tuan/puan, hancur rosak bosskuuuu….jadi fahami macamana nak berurusan dengan undang-undang dan peraturan juga sangat penting….
Muat turun disini:
https://www.mla.com.au/…/mla-going-into-goats-module-3…
Module 4 – Infrastructure
Perlu ke ada kandang? Kalau sembang ni sampai khiamat pun tak habis, ketahui apa yang perlu, fasiliti dan binaan yang berfungsi dan jangan membazir, ada orang buat binaan dia faham benda tu memudahkan, sebenarnya membahayakan ternakan…..
Muat turun disini:
https://www.mla.com.au/…/extensi…/gig-infrastructure.pdf
Module 5 – Goat selection
Ikut suka hati ja nak bagi sapa kawen dengan sapa, rosak bang keturunan, nasab untuk ternakan juga penting, ada pelbagai penilaian yang perlu dibuat supaya anak yang lahir laku keras mengikut permintaan pasaran, dan atas asas inilah mereka terbitkan sijil pedegree, mereka uruskan dengan baik dan mempunyai nilai dan dipercayai…ermm bukan asal jadi ja, lepas tu jual tak laku, salahkan orang…..
Muat turun disini:
https://www.mla.com.au/…/extension…/gig_module-5_web.pdf
Module 6 – Husbandry
Penjagaan ternakan mesti mantap, kena ambil tahu keperluan mereka, dalam modul ni mereka tekankan pasal pengurusan ternakan yang betul, baca tuan/puan barulah kita bersembang dengan nada yang tepat, 69 kalau tengok pada sudut berbeza, sama saja….
Muat turun disini:
https://www.mla.com.au/…/extension…/gig-husbandry.pdf
Module 7 – Nutrition
Bab pemakanan ni keras la sikit, sebab kat tempat kita isu dia dedak mahal, tapi isu sebenarnya lain, kita tidak reti nak gunakan bahan makanan yang baik, semua tu ada banyak di persekitaran, melata tumbuh, melata tak terurus. Jom la, banyak bahan makanan yang elok ada, dalam modul ni mereka tekankan pasal penilaian makmal bahan makanan dan juga cara pemberian…selamat beramal.
Muat turun disini:
https://www.mla.com.au/…/module7-nutrition-mar2019-web.pdf
Module 8 – Marketing
Menjual kena ada skillllllll…..bukan buka jualan begitu, tak laku salahkan saja semua orang….papan iklan bagi la menarik, promosi dan lain-lain teknik gunakan, belajar cara mengiklankan dan pasarkan hasil ternakan tuan/puan….semoga rancak perniagaan tuan/puan.
Muat turun disini:
https://www.mla.com.au/…/extension…/gig-marketing.pdf
Module 9 – Parasite control – updated version
Dalam kehidupan kita banyak parasit, tapi parasit untuk ternakan memang real, tuan/puan jangan sesuka hati menggunakan deworming drug, bila beli sila tanya penjual cara pengunaan, yang menjual sila bertanggungjawab, ceritalah cara guna dan masa penggunaan yang betul, murung tau kalau kena masalah parasit ni…jenuh nak selesaikan.
Muat turun disini:
https://www.mla.com.au/…/module-9_gig-guide-july2018.pdf
Module 10 – Mohair production
Ini Istimewa, tapi tak berapa nak sesuai la dengan negara kita yang tercinta,…nak baca…baca….tak mau baca ikut sukalah….hepi..hepi saja…
Muat turun disini:
https://www.mla.com.au/…/mla-going-into-goats-module-10…
Module 11 – Goat depots
Tempat pengumpulan, tak pun ni untuk geng-geng pemborong mahu pun trader, ada etika ya,….
Muat turun disini:
https://www.mla.com.au/…/module11-goat-depots-jul2018…
Module 12 – Rangeland Management
Yang ini tak ada apa-apa, mereka kumpulkan modul dan ringkaskan dalam modul ini, kalau tak nak baca yang Panjang, terus baca yang ini…selamat membaca ya tuan/puan.
Muat turun disini:
https://www.mla.com.au/…/exte…/gig_rangelands_module.pdf
Penternak berilmu maju jaya, tuan/puan, modul yang mereka terbitkan bukannya rujukan totok yang perlu kita telaah, namun, melalui penulisan ini sebenarnya mereka telah mecorakkan industri penternakan diluar tahap yang kita belum capai, ada yang sesuai ada yang kurang sesuai ada yang langsung tak boleh pakai, tapis sendiri.