Bagaimana Mengurus Kelahiran Ternakan Dengan Baik



Antara perkara yang mengembirakan adalah menyambut kelahiran. Bagi penternak, ianya adalah keuntungan yang akan memberi hasil yang bertambah banyak, jika dulu satu (1) sekarang telah jadi dua (2). Namun harus diingatkan jua, ianya akan meningkatkan lagi kos pengurusan ladang jika tidak diurus dengan betul.

Apakah pengurusan yang perlu dilaksanakan? Berikut adalah empat (4) perkara yang perlu disiap sedia, antaranya:

  1. Kurangkan stress
  2. Program vaksinasi dan pengawalan parasit
  3. Persiapan bekalan makanan
  4. Unjuran penambahan kos

Kurangkan stress, terutamanya kepada ternakan.Asingkan ternakan yang bunting akhir dengan ternakan lain agar pemantaua yang rapi boleh dibuat. Kelahiran perlu berlaku dalam keadaan yang tenang. Penternak juga perlu berada dalam keadaan yang tenang, untuk itu penternak perlulah menyediakan keperluan dengan secukupnya. Pengasingan awal juga boleh menghalang masalah keguguran pada ternakan. Elakkan kelahiran pada jangkaan musim kemarau dan musim hujan, kerana ia akan membebankan pengurusan, rancanglah program pembiakan pada masa yang tepat.

Program vaksinasi dan pengawalan parasit, perlu dilakukan sebelum dan semasa kebuntingan. Menyedari punca masalah lebih awal dan tindakan pengawalan yang lebih awal akan memberi keuntungan kepada ladang. Masalah kesihatan ternakan pada fasa bunting akan lebih sensitif jika tidak diambil berat.

Persiapan bekalan makanan, kadar pemberian makanan perlu ditingkatkan lagi pada saat kelahiran. Kerana induk memerlukan tenaga yang lebih untuk menghasilkan susu. Pemberian susu awal kolestrum juga perlu dilakukan supaya anak ternakan dapat mewarisi imunisasi dengan lebih baik. Dan langkah ini akan mengurangkan kadar kematian dan meningkatkan kualiti anak yang baru lahir.

Unjuran penambahan kos, persiapan fasiliti seperti penambahan ruangan kandang akan memakan kos yang tinggi. Lain-lain kos juga perlu dilihat, dengan kelahiran anak ternakan, penternak perlu meneliti pasaran dan juga produk untuk menjana pendapatan. Supaya kelahiran itu tidak membebankan dan memberi hasil yang lebih lumayan.

Jaga kebajikan ternakan yang dimiliki, rancang dan lakukan persiapan rapi bagi meningkatkan lagi hasil daripada penternakan. “Penternak yang kedekut akan dapat ternakan yang kedekut”.

Sumber rujukan:
1. thecattlesite.com
2. farmprogress.com  

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel