Protozoa Darah Pada Ruminan

Kita biasa dengan ecto parasit (luar) dan juga endo parasit (dalam), namun anda tahu kewujudan parasit di dalam darah? Dan ianya di namakan sebagai protozoa. Kesan kepada jangkitan protozoa boleh menyebabkan pengurangan hasil ladang seperti hasil susu menurun, kadar kebuntingan menurun, pembesaran terbantut, dan seterusnya menyebabkan kerugian jika tidak dibendung lebih awal.

Jangkitan ini akan menyebabkan anemia (kehilangan darah), kurus, demam kuning, dan yang paling terus kematian ternakan. Protozoa boleh dijangkiti melalui pembawa seperti sengkenit dan juga lalat. Antara spesis protozoa yang biasa ditemui adalah seperti berikut:

  1. Theileria sp
  2. Anaplasma sp
  3. Babesia sp
  4. Trypanosome sp

Langkah untuk menghalang penularan protozoa adalah dengan membuat pemerhatian secara berkala dengan merancang program kesihatan gerompok.

Sumber rujukan:

  1. Common Blood Parasites Diagnosed In Ruminants From 2011 To 2015 At The Central Veterinary Laboratory, Sepang, Malaysia Rohaya M.A., Tuba Thabitah A.T., Kasmah S., Azzura L., Chandrawathani P. And Saipul Bahari A.R.
  2. inpractice.bmj.com  

Nota: terdapat banyak lagi spesis protozoa lain yang boleh ditemui, dan empat (4) spesis ini banyak dilaporkan dan ditemui di dalam darah ternakan ruminan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *