Kepentingan Pemberian Kolostrum Kepada Anak Ternakan

Pengenalan

Kolostrum adalah susu awal yang dihasilkan oleh induk betina ternakan untuk anak yang baru lahir. Penghasilan dan juga pemberian kolostrum adalah suatu yang penting untuk anak ternakan kerana ianya adalah sumber tenaga dan juga protein. Selain itu, kolostrum juga mempunyai ciri laxative bagi menghalang gumpalan susu di dalam perut yang mana akan menyebabkan sembelit. Melalui kolostrum juga, induk berupaya mewariskan maklumat antibody dan juga daya tahan bagi melindungi anak ternakan daripada pathogen yang boleh membawa maut.

Tiga (3) ciri penting kolostrum

1. Nutrisi
2. Ciri laxative
3. Antibodi dan daya tahan.

Nutrisi: Nilai pemakanannya adalah unik, menyediakan banyak protein dan tenaga yang membantu proses fisiologi awal anak ternakan baru lahir berfungsi sendiri dengan baik.

Ciri laxative: anak ternakan yang baru dilahirkan mempunyai sistem pencernaan yang tidak berfungsi secara matang pada awalnya. Pemberian kolostrum pada tempoh 1 jam kurang setelah kelahiran akan  merangsang mekanisma pergerakan usus yang dipanggil “intestinal motility”. Terdapat bahan di dalam organ pencernaan (gastrointestinal) yang dipanggil “meconium” yang sangat tebal, melekit, dan sukar untuk diusir. Meconium yang tidak dikeluarkan boleh menyebabkan kesan sampingan yang serius dan juga kematian. Kolostrum mempunyai bahan yang bersifat laxative membantu meconium keluar daripada badan ternakan dengan baik.

Antibodi dan daya tahan: Kolostrum mempunyai antibodi semulajadi yang akan menghalang penyakit pada anak ternakan. Induk yang diberi vaksin immunisasi yang teratur dan lengkap mampu menghasilkan antibodi bagi diwarisi melalui kolostrum kepada anaknya. Sifat daya tahan ini bergantung kepada pendedahan induk kepada bakteria dan virus (serta pathogen lain) pada persekitaran yang biasa wujud di ladang. Namun begitu, keperluan program vaksinasi atau immunisasi boleh dilakukan mengikut kepada sejarah penyakit disekitar kawasan terdekat dengan ladang. 

Sumber Rujukan:
1. sheepandgoat.com
2. articles.extension.org
3. content.ces.ncsu.edu

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel