Pengenalan
Kebiasaan tahap kehidupan cacing yang menjangkiti
lembu mempunyai kitaran hidup yang hampir sama dan memberi kesan (masalah) yang
juga hampir sama. Pemahaman terhadap kitaran hidup cacing akan membantu
pengurusan kesihatan ternakan (yang melibatkan waktu pemotongan rumput, waktu
lepas meragut, dan juga jenis ubat yang boleh digunakan) dan juga mengurangkan
kos jangka panjang ladang.
Kitaran Hidup (Secara
ringkas)
Tinja/najis daripada lembu yang dijangkiti cacing
akan mengandungi telur cacing yang akan berkembang menjadi larva peringkat
pertama (L1), kepada peringkat ke 2 (L2) dan seterusnya peringkat ke 3 (L3)
kesemua peringkat ini mengambil masa selama 1 minggu dan berlaku pada kawasan
tompokan tinja/najis.
L3 mempunyai daya hidup yang tahan, dan boleh hidup
berminggu hingga berbulan bergantung kepada suasana persekitaran (suhu dan
kelembapan). Penyebaran L3 kebiasaan dibantu oleh aliran air hujan dan juga
embun pagi (salah satu sebab tidak boleh memotong rumput atau lepas meragut
pada awal pagi).
L3 yang dimakan oleh lembu akan membantu cacing
berkembang kepada peringkat ke-4 (L4) yang memakan masa kebiasaannya 21 hari.
Pada peringkat ke-4 ini L4 mampu membiak dengan kehadiran cacing jantan dan
cacing betina yang telah matang. Aktiviti cacing yang telah matang akan
merosakkan struktur organ dan juga mengganggu keperluan nutrisi lembu. Situasi
ini akan menyebabkan ternakan lemah dan penghasilan yang tidak memuaskan.
Kesimpulan
Pemahaman konsep asas kitaran hidup cacing perut
lembu ini akan membantu penternak untuk mengambil tindakan yang sepatutnya.
Waktu pemotongan rumput dan lepas meragut yang selamat sepatutnya adalah
setelah embun pagi telah hilang. Sudah tentu lain jenis cacing lain kitaran
hidup, untuk lebih memahaminya penyelidikan yang lebih terperinci diperlukan.
Senarai jenis cacing
yang biasa dijangkiti lembu:
- Haemonchus spp
- Ostertagia spp
- Trichostrongylus spp
Sumber Rujukan:
1. producer.com
2. agweb.com
3. bimectin.com