Makanan ayam berasaskan jagung dan mil soya akan terus kekal sebagai ramuan utama dedak bagi ayam daging dan ayam penelur di Malaysia.
- Jagung telah bertapak sebagai makanan ayam melampaui seabad lamanya (sebelum perang dunia pertama). Jagung bertambah penting apabila mulanya kaedah rumusan makanan ayam. Lebih-lebih lagi apabila kaedah pelleting dedak ayam dicipta pada tahun 1920.
- Mil soya pula mula diterima sebagai ramuan makanan ayam pada tahun 1930. Penyelidikan yang mendalam keatas dua bahan utama ini memuncak pada tahun 1960’an. Hanya berasaskan campuran utama mengandungi jagung sebanyak 55 peratus dan mil soya sebanyak 25 peratus, dedak ayam sudah 80 peratus lengkap. Hanya perlu ditambah sumber tenaga tambahan, sumber kalsium dan Posforan, garam dapur serta campuran vitamin dan campuran mineral dan additif tertentu bagi perolehi makanan ayam yang serba lengkap.
- Korporat ternakan ayam di Malaysia sudah begitu yakin kepada campuran dedak ayam berasaskan jagung dan mil soya. Keyakinan mereka sudah melampaui 5 dekad. Sumber bahan lain (untuk buat dedak) bagi gantikan sebahagian jagung dan mil soya adalah atas sebab bagi kurangkan kos dedak sebab jagung dan mil soya sudah semakin mahal. Antara bahan gantian adalah dedak padi/rice bran, beras hancur, ubi kayu, pollard gandum, mil ikan dan isirong sawit. Kelemahan bahan-bahan pengganti jagung ini adalah tidak konsisten dari segi bekalan dan jumlah bekalan. Jagung dan mil soya pula sentiasa ada sepanjang tahun dan mudah diperolehi dari banyak negara.
- Walaupun bahan-bahan untuk campuran dedak sudah dipelbagaikan dengan bahan-bahan yang antaranya lebih murah, tapi harga dedak yang sampai kepada penternak masih mahal. Maklumat seperti ini perlu dihadam dan difahami oleh pakar-pakar di MAFS supaya boleh soal balik kepada pengilang dedak pasal sebab apa dedak jadi mahal walaupun komponen utama seperti jagung dan mil soya sudah dikurangkan.
- Dedak ayam berasaskan jagung dan mil soya sudah bertapak lama sehingga mesen-mesen bancuh dedak ayam dapat membancuh tanpa sebarang masalah. Perlu cuba ganti jagung dengan bahan berasaskan beras (kandungan nutrien beras boleh tandingi jagung) menggunakan mesen bancuhan yang sama. Maka dedak bermutu tidak akan terhasil sebab mesen yang sama tak boleh proses produk beras (seperti dedak padi/rice bran) yang konsistensinya lekit.
- Jadi, apakah pengganti bagi jagung dan mil soya? Berasaskan kepada penyelidikan tempatan, pengganti sudah ada, tapi masih lagi pada skala makmal. Yang mampu menghasilkan dedak alternatif ini adalah pengusaha ayam yang kecil dan sederhana sebabnya mereka menggunakan mesen bancuhan yang kecil atau sederhana besar yang lebih sesuai bagi hasilkan dedak formula alternatif yang lebih murah dari dedak konvensional.
- Antara bahan-bahan tempatan yang berpotensi dan boleh jadi pengganti jagung dan mil soya adalah produk beras (dedak beras, beras hancur dll), isirong sawit, mil ikan dan mil lalat askar hitam (BSFL meal/black soldier fly meal). Bahan lain yang berpotensi adalah sisa makanan dan agroindustri yg banyaknya lebih kurang 11,000 tan setiap hari. Bahan-bahan sisa ini terbazir begitu sahaja sebab sbhg besarnya berakhir di pusat pelupusan sampah.
- Penyelidikan dalam bahan pengganti jagung dan mil soya perlu lebih fokus seperti saintis dunia lakukan pada jagung dan mil soya. Lima dekad adalah masa yang dilalui oleh jagung dan mil soya sehingga menjadi komponen penting dedak ayam. Kini sudah ada jagung GMO dan soya GMO yang turut bantu meningkatkan produksi serta penggunaan jagung dan mil soya peringkat global.
- Kerajaan disaran mainkan peranan (demi sekuriti makanan) agar pengeksportan isirong sawit (PKE) dikawal dan harga jualan PKE tempatan (untuk penggunaan penternak ayam dan ruminan) ditetapkan pada tahap mampu beli. Syarikat korporat serta GLC yang mengeksport PKC perlu fikirkan kepentingan untuk industri ternakan negara demi sekuriti makanan. Syarikat ini sudah pun perolehi pendapatan lumayan dari perniagaan minyak sawit. Keputusan penyelidikan berkaitan penggunaan PKE dalam dedak ayam amat memberangsangkan, dan kerajaan wajib beri perhatian dalam penyelidikan supaya PKE yang telah ditambahbaik dapat muncul sebagai sumber bahan alternatif terbaik bagi gantikan jagung dan mil soya import.
- Projek penggunaan larva lalat askar hitam (black soldier fly larva/bsfl) dalam dedak ayam telah mulakan dibuat di UPM pada tahun 2014 sebelum saintis lain lakukan, dan kini sudah ada beberapa syarikat korporat membuat pelaburan dalam projek larva lalat askar hitam (black soldier fly larva /bsfl). BSFL berpotensi menjadi komponen penting makanan ternakan pada masa akan datang. BSFL juga boleh digunakan untuk menghasilkan pelbagai produk nutriceutical.
- Menggantikan sebahagian jagung dan mil soya atau tidak langsung gunakan jagung dan mil soya memang boleh dilakukan. Malaysia yang kaya dengan sumber atau potensi sumber makanan tidak boleh lagi berpeluk tubuh (sebab mudah import jagung dan mil soya). Potensi bahan-bahan tempatan sudah diperakui. Ia perlu diperkembangkan. Hendak seribu daya tak hendak seribu dalih.
Dr Azhar Kasim
27 Disember 2022