Beefalo

Lama dah tak kecoh pasal ternakan hybrid, apa kalau nama letak hybrid mesti bagus ni. Tapi kan nak boleh jadi hybrid macamana, itu cerita lain.

Di negara kita boleh berbangga dengan penemuan beberapa ternakan hybrid, antaranya yamyuh (ayam dengan puyuh), seterusnya selembu (kacukan lembu dengan seladang), kita boleh berbangga sebab (1990) kita telah menemuinya juga sudah lama dahulu dan kita juga mampu menghasilkannya.

Dan kini (sebenarnya dari tahun 1980 lagi) kecoh tentang beefalo ataupun cattalo, keduanya sana dari segi kacukan lembu dengan bison, cuma tekniknya yang sedikit berbeza. Bab teknikal ni kita cerita lain.

Kenapa perlu kita lakukan kacuk antara spesis? Sedangkan masih ada lagi baka dari spesis yang boleh kita bangunkan dan kembangkan lagi potensinya. Persoalan ini hanya yang melakukannya mampu menjawabnya.

Jika mereka boleh selesaikan masalah untuk memastikan ternakan itu ditahap kesuburan yang bagus, supaya boleh dibiakkan, mengenal pasti penyakit dan masalah kesihatan, serta jalan untuk mengkomersialkan (penerimaan masyarakat dan pengeluaran yang kosistan.

Mereka berhak memegang pattern intelek dan juga meraih keuntungan yang banyak pada masa akan datang. Namun buat masa sekarang, kebanyakan adalah disebabkan untuk kajian dan juga jaminan penjagaan kewujudan spesis.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *