Oleh: Azhar Kasim
Kecurian ternakan tidak berlaku secara spontan, dan ia juga dikaitkan dengan sindiket yang licik merancang operasi pencurian.Geng pencuri yang tidak cekap mengatur pencurian, akan mudah dihidu operasi mereka, dan akhir akan ditangkap oleh pihak berkuasa atau pengusaha/kumpulan pengusaha sendiri.
Ada juga kalangan pengusaha/kumpulan pengusaha ternakan mendahului undang-undang seperti mencederakan mangsa yang disyaki pencuri dan memusnahkan/bakar kenderaan curi yg diguna bagi mengangkut ternakan yang sudah mamai akibat kena sumpit ubat pelali (disyaki diperolehi melalui sumber yang salah).
Berlaku juga kenderaan ditinggalkan oleh pencuri apabila kenderaan yang membawa muatan ternakan curi hilang kawalan dan terbabas (terlibat dalam kemalangan). Pernah disiarkan dalam media yang mana sebahagian anggota tubuh badan ternakan sahaja yang dibawa lari (seperti bahagian peha lembu sahaja yang diambil)bu dibawa lari.
Pada situasi lain, pengusaha hanya menjumpai kulit (setelah dilapah lembunya) dan perut lembu sahaja. Perbuatan mencuri adalah haram, tapi ternakan disembelih (kononnya ikut kaedah halal) terlebih dahulu oleh pencuri sebelum dagingnya dijual dan kelihatan seperti halal. Hilang ternakan satu kandang (tidak kira lembu atau kambing) dianggap sebagai perkara biasa yang terpaksa dialami oleh para penternak. Ada pula pencuri melakukannya pada ketika tuan punya dan pekerja sedang menunaikan solat jumaat.
BEGITULAH ANTARA CABARAN LAIN YG DIHADAPI OLEH PENGUSAHA TERNAKAN SELAIN DARI KOS MAKANAN UNTUK TERNAKAN YANG SEMAKIN TINGGI.
Sumber asal: