Kesihatan Gerompok Ternakan

Kesihatan gerompok merupakan pengurusan ternakan yang penting dalam memastikan keselamatan ladang. Penternakdotcom menyenaraikan 7 Program didalam pengurusan ini (sudah tentu pihak lain mempunyai senarai lain), iaitu:

  1. Pemakanan.
  2. Pembiakan.
  3. Penggantian Pembaka.
  4. Pengurusan Kelahiran.
  5. Pencegahan Penyakit Berjangkit.
  6. Pengurusan Rekod.
  7. Pengurusan Kecemasan dan Masalah.

Ketujuh-tujuh perkara ini perlu dilakukan sepanjang operasi ladang dijalankan. Pengurusan kesihatan gerompok yang dijalankan haruslah sesuai dengan cuaca, kawasan, jenis ternakan dan juga ringkas agar program ini berjaya dilaksanakan.

Berikut adalah persoalan-persoalan yang perlu bermain diminda pada setiap program yang dijalankan.

Pemakanan

  • Adakah makanan yang disediakan sesuai untuk ternakan pada tahap operasi? (ketika tahap pembesaran,ketika tahap bunting, dan ketika mempunyai anak)
  • Adakah makanan yang disediakan mempunyai nilai nutrisi yang mencukupi?
  • Adakah makanan yang diberi diambil sample dan diuji?
  • Berapakah keluasan kawasan untuk persediaan makanan (rumput/jenis rumput)?
  • Adakah bilangan ternakan perlu dikecilkan bagi menjamin pemakanan yang berkualiti?
  • Berapakah purata kadar skor badan ternakan diladang?

Pembiakan

  • Pada umur berapakah pemilihan pembiakan dilaksanakan?
  • Berapa tempoh pembakaan yang dijalankan?
  • Adakah breeding soundness evaluation (BSE) dijalankan pada pembaka jantan dan betina?
  • Adakah teknik AI boleh dijalankan atau menggunakan pejatan?

Penggantian pembaka

  • Apakah ciri-ciri pembaka yang perlukan?
  • Umur berapa yang diperlukan?
  • Taraf keturunan dan genetik pengganti? (artikel berkait)
  • Adakah pembaka tua akan ditakai?

Pengurusan kelahiran

  • Adakah anak yang baru lahir dapat kolostrum yang mencukupi pada masa yang betul?
  • Adakah tali pusat dicelup dengan iodine?
  • Adakah kelahiran direkod?
  • Pada umur berapa anak akan dicerai susu?

Pencegahan penyakit berjangkit

  • Apakah jenis penyakit yang biasa terjadi di kawasan yang berdekatan?
  • Apakah jenis penyakit yang biasa terjadi di ladang?
  • Apakah program vaksinasi dan nyah cacing dilaksanakan? (artikel berkait)
  • Apakah alatan yang ada untuk program pencegahan penyakit?

Pengurusan rekod

  • Adakah rekod individu ternakan dibuat dan disimpan?
  • Adakah rekod kemasukan dan keluar ternakan dibuat?
  • Rekod ubat-ubatan yang digunakan?

Pengurusan kecemasan dan masalah

  • Talian kecemasan?
  • Doktor Veterinar terdekat?
  • Jabatan Perkhidmatan Veterinar?

Sumber Rujukan:
1.gnb.ca
2.uaex.edu
3.ontariosheep.org

Nota Penafian: Penulisan ini adalah merupakan satu panduan sahaja. Sebarang kesulitan atau kerugian yang berpunca daripada usaha pembacaan di dalam mengaplikasikan hasil penulisan ini tidak boleh dipertanggungjawabkan kepada penulis dan semua pihak penternak.my yang terlibat dalam penghasilan penulisan ini.
#penternakberilmumajujaya
#penternakdotmy
#penternak
Ikuti kami di:
Facebook page
Telegram channel